Utusan Borneo (Sabah)

Bola Baling: SMK Pantai juara keseluruha­n

Kejohanan Bola Baling MSS Labuan 2018

-

LABUAN: SMK Pantai muncul juara keseluruha­n Kejohanan Bola Baling Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Padang Kolej Vokasional Labuan pada 5-9 Mac lalu.

Sekolah itu telah menghantar dua pasukan masing-masing bagi kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun.

Keputusan yang diperoleh amat membanggak­an di mana pasukan lelaki dan perempuan menjadi johan bagi kumpulan masing-masing.

Di peringkat separuh akhir, pasukan lelaki kalah tipis 0-1 kepada SMK Rancha-Rancha sekaligus menduduki tempat ketiga.

Manakala pasukan perempuan pula, mereka layak ke perlawanan akhir namun terpaksa akur tewas di tangan SM Sains Labuan 0-2 sekaligus muncul naib johan.

Hasil daripada keputusan yang memberangs­angkan itu, SMK Pantai telah dinobatkan sebagai johan keseluruha­n bagi peringkat sekolah menengah.

Pemain SMK Pantai, Nuratirah Aliah Ali Omar dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak kategori Perempuan dengan 12 jaringan.

Pasukan bola baling SMK Pantai dibimbing oleh Jurulatih Hassan Abadin di samping dua pengurus pasukan iaitu Muhammad Mirwanudde­en Mat Ghani dan Norazlina Nordin.

Pengetua SMK Pantai Sahar Misron mengucapka­n tahniah atas kejayaan pasukan bola baling muncul juara keseluruha­n menerusi pencapaian naib johan bagi kategori Perempuan dan ketiga bagi pasukan Lelaki.

“Tahniah kepada pemain bola baling perempuan dan lelaki. Hasil kerja keras dan latihan intensif bimbingan jurulatih, SMK Pantai muncul juara keseluruha­n MSS Labuan 2018,”katanya.

Penyelia Unit Bahagian Kelab dan Persatuan, Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Labuan Asmawi Ahmadmenya­mpaikanhad­iah kepada pemenang.

Turut hadir Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Pantai Wan Azman Wan Awang.

“Tahniah kepada pemain bola baling perempuan dan lelaki. Hasil kerja keras dan latihan intensif bimbingan jurulatih, SMK Pantai muncul ” juara keseluruha­n MSS Labuan 2018.

SAHAR MISRON Pengetua SMK Pantai

 ??  ?? WAN Azman (berdiri enam kanan) meraikan kejayaan pasukan bola baling SMK Pantai muncul juara keseluruha­n MSS Labuan 2018.
WAN Azman (berdiri enam kanan) meraikan kejayaan pasukan bola baling SMK Pantai muncul juara keseluruha­n MSS Labuan 2018.
 ??  ?? NURATIRAH menerima trofi Penjaring Terbanyak kategori Perempuan dengan 12 jaringan.
NURATIRAH menerima trofi Penjaring Terbanyak kategori Perempuan dengan 12 jaringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia