Utusan Borneo (Sabah)

Piala Pairin: Pergelutan antara Luton, Rompon

- Oleh HENRY BATING

TAMBUNAN: Luton FC yang menjuarai Bolasepak Piala Adun Tambunan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan 10 tahun lalu, Sabtu ini (17 Mac 2018) bakal bertembung dengan Rompon FC dalam pergelutan merebut kejuaraan yang dikendalik­an Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Daerah Tambunan.

Setiausaha Safa Tambunan Stanly Leo berkata sebelum perlawanan akhir dua pasukan tersebut 3.00 petang di Kompleks Sukan Tambunan, perlawanan merebut tempat ketiga antara Lubong FC dan Nouduh FC akan mengambil tempat jam 1.00 petang.

“Pelbagai hadiah khusus kepada penonton telah disediakan melalui cabutan tiket bertuah,” kata Stanly sambil menambah perlawanan akhir itu akan dirasmikan Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah.

Mengulas perlawanan akhir, pengurus pasukan Luton FC Jackson Taguah berkata pihaknya bakal menampilka­n permainan terbaik bagi menebus kehampaan tewas peringkat akhir Piala Pairin 2017.

“Luton FC juga bakal menggunaka­n sebaik mungkin perlawanan ini untuk menebus kekalahan kepada Rompon FC di peringkat suku akhir Piala Pairin 2016,” kata Jackson.

Beliau yakin Luton FC boleh beraksi cemerlang kali ini dengan kombinasi pemain lama dan baharu termasuk kalangan pemain yang pernah menyarung jersi kelab tempatan terkenal di Sabah ketika ini.

Sementara Pengurus Rompon FC, Moris Kilau berharap pertarunga­n kali pertama pasukannya di peringkat akhir dalam Piala Pairin dapat memberi tuah yang tersendiri.

“Kami akan bermain untuk menang walaupun

ROMPON FC

tahu Luton FC dibarisi pemain berpengala­man dan pernah menyertai kelab disegani di negeri ini,” kata Moris sambil mengimbau kemaraan mereka ke peringkat akhir ini merupakan sejarah terbaik Rompon setakat ini.

Sementara itu, Stanly meminta para peminat bolasepak agar datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada semua pasukan yang bertarung di samping memenangi hadiah-hadiah bertuah lumayan.

Penonton bertuah bakal menerima sebuah TV 32”, tiga buah basikal dan 20 saguhati beras 5kg. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Stanly Leo di nombor 0168067383.

 ??  ?? LUTON FC
LUTON FC
 ??  ??
 ??  ?? STANLY LEO
STANLY LEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia