Utusan Borneo (Sabah)

DBKK TANGKAP PESALAH

Dua individu ditahan, 16 lagi sedang dicari

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menahan dua individu yang menerima waran tangkap selepas disaman di lokasi, di sini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Nooliza Awang Alip berkata kedua-dua individu adalah antara 18 orang yang dikehendak­i dan diberikan waran tangkap di kawasan Bandaran Berjaya serta Sembulan, masingmasi­ng pada 12 Januari, 1 Februari dan 9 Mac lalu.

“Individu lelaki berumur 19 dan 35 tahun ditahan dalam operasi pelaksanaa­n waran tangkap terhadap Orang Kena Saman (OKS) bermula jam 9 sehingga 11.20 pagi di Bandaran Berjaya dan Sembulan.

“Pada operasi sama, anggota penguatkua­sa turut menahan seorang wanita bersamaana­knyaselepa­sgagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri sah dan kita akan menyerahka­nnya kepada polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKK Abdul Mukti Muchlish.

Katanya tujuan tangkapan dijalankan adalah bagi menghantar individu terbabit ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman mengikut Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap 2010.

Nooliza berkata sepanjang operasi dilaksanak­an pihaknya mengalami kesukaran untuk mengesan individu terlibat berikutan kebanyakan­nya sudah berpindah dan tidak menetap secara tetap di kawasan itu.

“Bagi kawasan Sembulan, pasukan penguatkua­sa mengalami kesukaran untuk melalui sebahagian kawasan jambatan dan individu dikesan turut didakwa sudah berpindah dan sukar untuk mengetahui alamat sebenar mereka.

“Terdapat juga beberapa pihak yang bertindak menipu anggota penguatkua­sa bagi melindungi individu yang dikehendak­i daripada dikesan pasukan operasi,” katanya.

Katanya sepanjang operasi dijalankan sejak awal tahun ini, tahap kesedaran penghuni di lokasi yang dikenalpas­ti terutamany­a Bandaran Berjaya semakin meningkat dan keadaan sampah yang dibuang merata-rata semakin berkurang.

Beliau bagaimanap­un berkata usaha di kawasan Sembulan perlu ditingkatk­an berikutan keadaan sampah di situ masih serius.

Pihaknya juga akan melaksanak­an usaha berterusan bagi mengesan individu lain yang dikehendak­i selain meningkatk­an kesedaran untuk tidak membuang sampah dalam kalangan penduduk.

 ??  ?? MUKTI semasa memeriksa senarai individu yang dikehendak­i di sebuah premis di Bandaran Berjaya.
MUKTI semasa memeriksa senarai individu yang dikehendak­i di sebuah premis di Bandaran Berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia