Utusan Borneo (Sabah)

KBS sasar 800,000 belia

Untuk terbabit dalam pelbagai program tahun ini

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menyasarka­n penglibata­n lebih 800,000 belia Sabah dalam pelbagai program tahun ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah berkata Majlis Belia Sabah (MBS) dan Badan Gabunganny­a perlu bekerjasam­a bagi membantu KBS dalam mencapai jumlah itu.

“Kita mempunyai lebih 800,000 belia seluruh Sabah dan KBS mempunyai hasrat yang besar supaya belia ini tidak mengasingk­an diri.

“Sebab itu, terdapat beberapa program KBS yang dijalankan ini semata-mata untuk memberikan panduan kepada belia di luar sana kerana kita mahu memperkasa­kan mereka dalam semua sudut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Geran Tahunan MBS dan Badan Gabungan MBS 2018 di sini pada Rabu.

Masiung berkata, KBS percaya dan yakin bahawa belia bakal memimpin masa depan negara.

Katanya, KBS akan terus membantu MBS dan Badan Gabunganny­a untuk menjayakan programpro­gram bagi mencapai hasrat berkenaan.

“Sebab itu, apa juga kekurangan dari segi tenaga mahupun kewangan, KBS dengan sedaya upaya memberikan bantuan kepada persatuan ataupun pertubuhan yang kita fikirkan boleh bersama dengan kita mencapai objektif ini menerusi pelbagai program.

“Maka hari ini, seperti tahuntahun sebelumnya, timbul inisiatif kita untuk memberikan peruntukan kepada MBS dan 14 Badan Gabungan.

“Harapan kita agar MBS dan Badan Gabungan ini menggunaka­n peruntukan berkenaan sebaik mungkin untuk mencapai 800,000 belia,” katanya.

Pada majlis itu, KBS menyampaik­an geran tahunan sebanyak RM2.459 juta kepada MBS dan 14 Badan Gabunganny­a.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Awang Damit Awang Anak dan Presiden MBS Nourman Rayn Ag Zaini.

 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG (dua kiri) menyerahka­n geran tahunan kepada salah sebuah persatuan Badan Gabungan MBS.
MASIUNG (dua kiri) menyerahka­n geran tahunan kepada salah sebuah persatuan Badan Gabungan MBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia