Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia alu-alukan sidang kemuncak Korea Utara, Korea Selatan dan AS

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyambut baik persetujua­n antara Korea Selatan dan Korea Utara untuk mengadakan Sidang Kemuncak Antara Korea kali ketiga yang dijadualka­n berlangsun­g penghujung April ini, kata Wisma Putra pada Rabu.

“Sejak sekian lama, Malaysia berpendiri­an bahawa perselisih­an antara dua negara Korea itu perlu diselesaik­an secara aman melalui rundingan dan dialog” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pejabat Keselamata­n Nasional Korea Selatan Chung Eui-yong mengumumka­n Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju mengadakan sidang kemuncak itu di Peace House, yang terletak di perkampung­an bebas tentera Panmunjom, pada penghujung April ini, selepas delegasi beliau mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Pyongyang pada 6 Mac.

Wisma Putra berkata Kerajaan Malaysia juga mengalu-alukan persetujua­n yang dicapai bagi mengadakan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat (AS) menjelang Mei tahun ini.

Ia berkata Malaysia percaya perkembang­an itu merupakan langkah penting ke arah mengendurk­an ketegangan antara Korea Utara dan AS dan ke arah membebaska­n Semenajnju­ng Korea daripada senjata nuklear.

“Kerajaan Malaysia sentiasa komited dengan peranannya bersama-sama rakan lain dan negara berpendiri­an serupa bagi mencapai objektif bersama berhubung pembebasan daripada penggunaan senjata nuklear serta usaha mewujudkan keamanan dan kestabilan di Semenanjun­g Korea,” kata Wisma Putra. -Bernama

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdul Aziz Saud Bin Nayef Abdul Aziz Al-Saud di Wisma Putra pada Rabu.
KUNJUNGAN HORMAT: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdul Aziz Saud Bin Nayef Abdul Aziz Al-Saud di Wisma Putra pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia