Utusan Borneo (Sabah)

Media penghubung berkesan pemimpin dan rakyat

-

RANAU: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata media berperanan penting sebagai mata dan telinga serta penghubung berkesan antara pemimpin dan rakyat akar umbi.

Katanya, media cetak atau elektronik masih merupakan keperluan paling penting bagi kerajaan mendekati rakyat terutama menerusi penulisan berita yang sahih berhubung sesuatu isu termasuk menyampaik­an dasar-dasar pembanguna­n kerajaan.

“Justeru, pihak media harus berhati-hati apabila mengeluark­an sesuatu fakta atau berita. Ia hendaklah sahih dan tidak menimbulka­n kekeliruan kepada pembaca,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media di Rumah Rehat Ranau.

Masidi berkata, kerajaan amat menghargai peranan para pengamal media di negara ini kerana merekalah penyampai maklumat sahih untuk memperjela­skan sesuatu isu kepada rakyat tentang kepimpinan negara.

“Saya bersedia membantu dan bekerjasam­a dengan pihak media khususnya di Ranau untuk menyalurka­n bantuan yang diperlukan sama ada menjayakan kursus, bengkel atau seminar media,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur Jasnin Suman mewakili media Ranau merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada Masidi kerana sudi hadir bersama para pengamal media.

Sempena majlis itu, Siti Hawa Haji Aman, 68, dinobatkan penerima anugerah Tokok Kewartawan­an manakala Patrick Rajin Guritom 78, menerima anugerah Pengacaraa­n, disampaika­n Masidi dan disaksikan, Pegawai daerah Ranau, Haji Faimin Bin Kamin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) N.30 Karanaan, Haji Jahidin Lumat, PPM N.31 Paginatan, Georgina George, bersama ratusan Ahli Kelab Media dan Mcee (Juruacara) dari daerah Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia