Utusan Borneo (Sabah)

Menabung seawal usia kanak-kanak di Tabung Haji

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Umat Islam khususnya di Tungku perlu menabung seawal usia kanakkanak lagi di Tabung Haji.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Abdul Momen Angchai berkata, amalan menabung di Tabung Haji bukan sahaja mengajar anak-anak untuk berjimat-cermat malah ia demi masa depan mereka untuk keperluan pengajian.

“Ia juga satu amalan baik bagi mendedahka­n mereka tentang kepentinga­n pengurusan wang agar suatu hari nanti mereka oleh menunaikan haji menggunaka­n wang yang mereka simpan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Riuh Di Segangan Bersama Tabung Haji, di Dewan Panglima Sri Ladtang, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengurus Tabung Haji Daerah Lahad Datu Readzuan Ramlan dan Pegawai Kemas Daerah Lahad Datu Mohd Tahir Abdul Rahman.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan Tabung Haji dengan menemui masyarakat di kampung-kampung amatlah baik dan ia perlu dimanfaatk­an.

Katanya, program itu perlu dilaksana di lebih banyak kampung bagi mencapai matlamat mendekati rakyat melalui pendekatan merakyatka­n perkhidmat­an seperti yang disarankan kerajaan.

Momen berkata, penganjura­n yang turut mendapat kerjasama Kemas dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku itu memberi manfaat kepada masyarakat setempat yang hadir kerana dalam satu majlis mereka boleh mendapatka­n pelbagai maklumat yang berkenaan.

“Penganjura­n seumpama ini juga satu bentuk kerjasama yang bermanfaat kerana lebih banyak jabatan atau agensi yang mengambil bahagian tentunya akan menguntung­kan mereka yang hadir pada program itu kerana banyak perkembang­an terkini diperoleh,” katanya.

Selain ceramah untuk ibu bapa yang hadir, kanakkanak menyertai pertanding­an mewarna.

 ??  ?? PEMENANG pertanding­an mewarna bersama Momen, Readzuan, Mohd Tahir.
PEMENANG pertanding­an mewarna bersama Momen, Readzuan, Mohd Tahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia