Utusan Borneo (Sabah)

Bangkai paus terdampar di pantai tarik perhatian

-

MUKAH: Tidak sampai 12 jam ditularkan mengenainy­a dalam media sosial, bangkai dipercayai seekor ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Kuala Matu sudah hilang tulangnya.

Menurut Penghulu Kuala Matu Lai Elan Sebli, beliau dimaklumka­n tentang perkara itu sekitar tengah hari pada Selasa.

“Tulang sudah hilang semua, tinggal sedikit isi dan rangka bangkai ikan paus sahaja yang tinggal,” katanya kepada Utusan Borneo pada Selasa.

Ditanya mengenai punca kehilangan itu, beliau mengatakan ia kemungkina­n diambil para penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, pada mulanya Lai menafikan dakwaan bahawa bangkai ikan paus yang baharu dijumpai pagi Selasa itu merupakan bangkai ikan paus lama yang ditanam 22 tahun lalu.

Ini menurutnya, atas dua sebab utama iaitu saiz dan jarak antara kedua-dua bangkai.

“Bangkai ikan paus terdahulu agak besar berbanding bangkai yang dijumpai pagi tadi (Selasa) yang berukuran hanya sekitar enam meter,” jelasnya.

Mengenai jarak pula, antara keduadua bangkai mempunyai jarak sekurang-kurangnya 600 kilometer atau lebih.

“Tidak mungkin bangkai yang sudah ditanam 22 tahun lalu timbul sejauh itu,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, dilaporkan seorang nelayan terkejut dengan penemuan bangkai ikan paus yang pada mulanya disangka pukat hanyut.

Apabila diperiksa, ia merupakan bangkai ikan paus terdampar dan segera memaklumka­nnya kepada penduduk tempatan.

Penemuan itu kemudianny­a turut menjadi hebahan dan tular dalam Facebook.

 ??  ?? KEADAAN bangkai ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Kuala Matu.
KEADAAN bangkai ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Kuala Matu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia