Utusan Borneo (Sabah)

Varian baharu Toyota Hilux diperkenal­kan, aksesori dipertingk­at bagi Toyota Sienta

-

SHAH ALAM: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumka­n model Toyota Hilux kini menerima dua varian terbaharu dalam versi ‘L-Edition’, sementara Toyota Sienta kini didatangka­n dengan aksesori yang dipertingk­atkan serta beberapa ciri tambahan baharu.

Tempahan bagi kedua-dua model berkenaan juga dibuka bermula pada Rabu.

Sebagai jawapan kepada maklum balas daripada pelanggan yang inginkan sebuah trak pikap yang premium dan tampil lebih gagah, Hilux L-Edition (L merujuk kepada ‘Luxury’) telah dibangunka­n dan kini ditawarkan bagi kedua-dua varian 2.8 liter AT 4x4 dan 2.4 liter AT 4x4.

Membezakan versi LEdition daripada varian Hilux yang lain ialah penampilan bahagian depannya yang lebih lebar dan agresif, disumbangk­an oleh rekaan hexagonal pada gril yang dikeliling­i kemasan krom. Perubahan ini menyerlahk­an lagi sisi gagah pada Hilux, yang menjadi taruhan utama sepanjang sejarah 50 tahun model berkenaan.

Bahagian pemijak di belakang juga disertai dengan kemasan warna perak, menambahka­n lagi sentuhan premium kepada penampilan trak pikap berkenaan. Hilux L-Edition juga hadir dengan rim 18 inci lima jejari yang lebih bergaya dengan warna dwi-tona - perak dan hitam.

Di ruangan dalam, Hilux L-Edition menggunaka­n kemasan serba hitam sebagai tema, yang turut digabungka­n dengan kemasan piano black pada kabinnya. Ini memberikan imej yang lebih menonjol dan membuatkka­n ruang berkenaan kelihatan mahal. Tempat duduk yang disaluti dengan kombinasi kulit pula mempunyai liang udara untuk memberikan keselesaan kepada penumpang.

Khusus bagi Hilux 2.8 L-Edition, ia didatangka­n denganmete­rOptitrond­engan pencahayaa­n latar, untuk memberikan penglihata­n lebih di dalam apa juga suasana.

Bagi aspek keselamata­n, modelL-Editionini­dilengkapi dengan tujuh beg udara, Vehicle Stability Control (VSC), Active Traction Control (A-TRC) dan Hillstart Assist Control (HAC) sebagai ciri standard.

Bagi model 2.8 L-Edition, ciri Downhill Assist Control (DAC) ditambah untuk memudahkan pemanduan menuruni laluan curam agar lebih selamat.

Varian baharu ini menampilka­n penggunaan enjin 2.8 liter dan 2.4 liter empat-silinder turbodiese­l sedia ada pada Hilux yang menawarkan output lebih tinggisert­adipadanka­ndengan transmisi automatik enam kelajuan, lengkap dengan ciri sequential shifter.

Siri enjin yang digunakan ini menawarkan penyampaia­n tork low-end yang lebih baik, maklum balas pecutan yang lebih lancar, tahan lasak di dalam keadaan ekstrim serta kecekapan penggunaan minyak yang dipertingk­at.

Bagi Toyota Sienta pula, sejak diperkenal­kan pada Ogos 2016, model berkenaan telah menawarkan nilai premium sebuah MPV kompak bagi pengguna urban yang berkeluarg­a dengan menampilka­n rekaan unik dan bukannya sekadar sebuah kenderaan pengangkut­an yang hambar.

Sekali lagi, berdasarka­n maklum balas daripada pengguna, penawaran model ini bagi tahun 2018 hanyalah dalam varian 1.5V dan hadir bersama tambahan aksesori dan ciri - tanpa sebarang perubahan harga.

MPV kompak ini kini dilengkapi dengan sistem DVD-AVX 6.9-inci yang dinaik taraf, lengkap dengan ciri Bluetooth, HDMI, input kad SD serta kamera undur.

Pelanggan juga boleh menaik taraf kepada sistem DVD-AVN 7 inci yang ditawarkan sebagai pilihan, yang didatangka­n dengan sistem tunjuk arah GPS serta turut memuatkan lokasiloka­si bilik pameran dan pusat servis Toyota di seluruh negara.

Ciri baharu Panoramic View Monitor yang juga ditawarkan sebagai pilihan, akan banyak membantu ketika pemandu ingin meletakkan atau mengeluark­an kenderaan di ruang parkir.

Kamera pada kenderaan akan memaparkan suasana persekitar­an di sekeliling, membolehka­n pemandu mengesan sekiranya terdapat apa-apa halangan pada titik yang tidak kelihatan dari dalam atau dari cermin pandang belakang.

Slot pengecas USB yang semakin penting kini turut disediakan pada tempat duduk barisan kedua untuk memudahkan pengguna. Dengan adanya tikar lapik pada ruang barangan di belakang, lantainya juga mendapat perlindung­an tambahan. Ia direka khusus untuk meliputi sepenuhnya ruang berkenaan, dan mudah dikeluarka­n sekiranya perlu.

Untuk kesenangan pelanggan, semua model Toyota didatangka­n dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000km). Untuk memberi lebih nilai kepada kenderaan, jaminan itu boleh dipindahka­n kepada pemilik seterusnya, selagi tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota Hilux LEdition dan Sienta, layari toyota.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia