Utusan Borneo (Sabah)

‘Sape’star Sape’ Masterclas­s’ dapat sambutan, asah bakat

- Oleh HENRIETTA LIZA

PROGRAM ‘Sape’star Sape’ Masterclas­s’ anjuran Saufi Aiman Yahya, Pengasas Sape’star dan Juara Dunia Instrument­alist WCOPA 2017 dengan kerjasama Union Learning Centre dan Kuching Sape’ Arts Collective, telah diadakan di Union Learning Centre (ULC), Kota Samarahan pada 3 Mac lepas.

Ia menarik seramai 26 peserta termasuk jemputan dari kalangan peminat muzik Sape sekitar kawasan Kuching dan Kota Samarahan untuk menyertai kelas tersebut.

Menurut Saufi, ia bertujuan untuk memperluas­kan pemahaman terhadap muzik Sape’ serta mengasah bakat baru pemain Sape’ bagi mencapai standard yang telah ditetapkan di peringkat antarabang­sa.

Program itu disambut meriah dengan kehadiran peserta yang mahu menimba ilmu dan kemahiran dalam teknik bermain alat muzik tradisiona­l Sape’ secara kontempora­ri.

Dalam erti kata lain, ia adalah hasil kreativiti sebagai pemantapan corak muzik tradisiona­l bergabung dengan elemen muzik moden.

Tambah Penasihat ULC, Dines Ngau Wan, kelas itu juga dianjurkan bagi memperkemb­angkan kemahiran serta memupuk generasi muda cara yang betul memainkan alat muzik Sape’.

Dines yang juga merupakan seorang pendidik dan pembuat Sape’ terkenal di Kuching berkata, “Muzik Sape’ adalah sinonim dengan masyarakat Orang Ulu.

“Namun acap kali kini, ia turut dimainkan oleh kumpulan etnik yang lain di pentas antarabang­sa dan turut menarik minat pencinta muzik antarabang­sa.

“Muzik sape sangat indah dan boleh membuatkan jiwa kita tenang. Ia juga merupakan salah satu identiti kepada negeri

ini,” tambahnya.

 ??  ?? SAUFI
SAUFI
 ??  ?? DINES
DINES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia