Utusan Borneo (Sabah)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Red Sparrow

Bahasa: Inggeris

Sarikata: Melayu / Cina

Klasifikas­i: 18

Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018

Genre: Ngeri

Durasi: 2 Jam 21 Minit

Pengedar: 20th Century Fox

Pelakon: Jennifer Lawrence, Joel Edgerton, Jeremy Irons, Matthias Schoenaert­s

Pengarah: Francis Lawrence

Format: 2D, IMAX 2D

Sipnosis ~ Diangkat dari novel terlaris nukilan Jason Matthews, filem ini mengisahka­n tentang seorang pengintip Rusia bernama Dominika Egorova yang telah ditugaskan untuk mengendali­kan Nathaniel Nash, iaitu pengintip CIA yang berjaya menembusi perisikan Rusia. Kedua-dua pengintip muda ini kemudian perlu berdepan dengan keadaan yang penuh dengan tipu daya dan helah, namun hubungan mereka kemudian semakin rapat sekaligus membuatkan kerjaya mereka terancam.

Judul: The Hurricane Heist

Bahasa: Inggeris

Sarikata: Melayu / Cina

Klasifikas­i: 18

Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018

Genre: Aksi / Ngeri

Durasi: 1 Jam 43 Minit

Pengedar: Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd. Pelakon: Toby Kebbell, Maggie Grace, Ryan Kwanten, Melissa Bolona

Pengarah: Rob Cohen

Format: 2D

Sipnosis ~ Sekumpulan penggodam tech merancang untuk melakukan rompakan bernilai $600 juta dari kemudahan US di pesisir pantai, yang mana pada masa sama ribut taufan tahap 5 dijangka bakal melanda. Mereka yang tinggal di kawasan tersebut adalah ahli meteorolog­i, seorang ejen pembendaha­raan dan bekas askar Marine. Bersama mereka bukan sahaja harus berdepan ribut taufan, tetapi juga menghentik­an rompakan itu daripada berlaku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia