Utusan Borneo (Sabah)

Tahun Baharu Cina pertama kali dirai dalam IPD

- Oleh AMIR ANUAR

IPD Tawau mencipta sejarah sebagai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pertama di negara ini yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi persembaha­n tarian singa dan unicorn.

Ketua Polis Daerah Tawau berkata majlis itu menunjukka­n keterbukaa­n IPD Tawau meraikan semua ‘elemen polis’ tanpa mengira perbezaan keturunan, kaum dan budaya.

“Keterbukaa­n kita meraikan perayaan ini bukan sahaja tidak pernah dibuat di IPD, tetapi kerana ada permintaan daripada masyarakat supaya PDRM turut meraikanny­a,” katanya sidang media di IPD Tawau di sini pada Selasa.

Menurutnya, hampir 30 pegawai dan anggota polis berketurun­an Cina bertugas di daerah ini. Inisiatif itu juga dilaksanak­an untuk mencetuska­n budaya kerjasama, perpaduan, serta hubungan baik sesama keluarga besar PDRM yang berbilang kaum.

“Kita berharap sambutan perayaan dan persembaha­n kebudayaan masyarakat ini seperti tarian singa dapat mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an sesama PDRM,” katanya.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah Tawau DSP Wan Kim Guan memuji keterbukaa­n Fadil dalam meraikan perayaan itu di IPD Tawau.

Beliau berkata persembaha­n tarian singa dan unicorn itu menunjukka­n kebersamaa­n rakyat Malaysia termasuk PDRM, sesuai dengan konsep 1Malaysia.

“Inilah yang sepatutnya kita lakukan dalam memberi makna sebenar 1Malaysia dengan meraikan perayaan kaum lain bersama-sama, bukannya mengasingk­an diri,” katanya.

Pada masa sama, Wan berharap inisiatif IPD Tawau menyambut perayaan itu tidak menerima komen negatif pihak luar, sebaliknya disambut dengan positif.

Berhubung minat kaum Cina terhadap profesion kepolisan pula, beliau akui bidang itu kurang diminati kerana kecenderun­gan kepada perniagaan.

“Bagaimanap­un, ini semua bergantung kepada minat seseorang individu itu sendiri (bukannya kaum), seperti saya yang lebih minat bekerja dalam bidang kepolisan.

“Saya tidak minat berniaga tetapi sukakan cabaran,” katanya yang kini berusia 59 tahun dan bakal bersara wajib tidak lama lagi, mengenai minat komuniti itu menjadi polis.

Wan yang sudah berkhidmat 35 tahun berkata, pengalaman berbakti kepada masyarakat membuatnya bangga dan berharap lebih ramai anak muda menceburi bidang kepolisan.

 ??  ?? FADIL (enam kiri) Wan (lima kiri) merakamkan foto bersama pegawai-pegawai polis selepas persembaha­n tarian unicorn.
FADIL (enam kiri) Wan (lima kiri) merakamkan foto bersama pegawai-pegawai polis selepas persembaha­n tarian unicorn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia