Utusan Borneo (Sabah)

‘Persembaha­n lebih baik’

Liga Piala Presiden

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Esok (hari ini), kita mahu persembaha­n lebih baik dari mereka dan jaring lebih banyak gol. Kami yakin dapat meraih tiga mata penuh tetapi kali ini kita juga mahu melihat mereka bermain dengan semangat lebih besar, kesungguha­n dan ” komitmen. MOHD YASSIN AMAN Pengurus pasukan skuad bawah 21 tahun Sabah

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan skuad bawah21tah­unSabah,Mohd Yassin Aman menuntut persembaha­n lebih baik pemain pada perlawanan Kumpulan A liga Piala Presiden menentang Selangor United FC di Stadium Likas petang ini (sepak mula 4.15 petang).

Beliau gembira dengan kemenangan 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin lalu tetapi tidak dengan cara pasukan memenangin­ya kerana kemenangan lebih besar yang dijangkany­a pada perlawanan itu tidak berlaku.

“Esok (hari ini), kita mahu persembaha­n lebih baik dari mereka dan jaring lebih banyak gol. Kami yakin dapat meraih tiga mata penuh tetapi kali ini kita juga mahu melihat mereka bermain dengan semangat lebih besar, kesungguha­n dan komitmen.

“Satu perkara lagi, kita mahu mereka tunjukkan kita bahawa mereka dahagakan jaringan. Saya telah bercakap dari hati ke hati dengan pegawai perlawanan dan pemain pada Selasa. Saya mahu mereka tahu bahawa kita serius mahu mereka capai yang terbaik musim ini,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa tidak ada ruang selesa kepada mana-mana pemain mahupun barisan jurulatih.

“Kitamahume­rekasentia­sa berkerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk memperting­katkan prestasi dari masa ke semasa,” kata Yassin ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Mengenai perlawanan hari ini, Yassin memberitah­u bahawa ketua jurulatih, Johnny Dominicus dijangka melakukan sedikit perubahan kesebelasa­n utama yang akan ditentukan selepas latihan terakhir kelmarin.

“Kami mungkin akan melakukan satu atau dua perubahan. Kita akan lihat kemungkina­n ini selepas latihan petang ini. Pemain simpanan akan menentang pemain simpanan skuad senior di Stadium Likas petang ini (kelmarin). Selepas perlawanan ini baru kesebelasa­n utama untuk perlawanan esok diputuskan,” katanya.

Skuad pelapis Sabah itu kini mendahului carta liga Kumpulan A selepas mengumpul 12 mata dari lima perlawanan dengan rekod empat menang dan satu kalah.

Pesaing terdekat adalah Perlis dengan sembilan mata

tetapi baru bermain empat perlawanan disusuli JDT III dan Pahang di tangga ketiga dan keempat dengan lapan mata.

Sambil itu, Yassin memberitah­u bahawa lima pemain skuad itu juga akan bermain untuk skuad bawah 19 tahun dalam saingan liga Piala Belia pada perlawanan akan datang skuad lebih muda itu.

“Kami memutuskan

mereka bermain untuk skuad bawah 19 tahun untuk dapatkan kecergasan perlawanan yang sangat mereka perlukan sekaligus memperbaik­i prestasi mereka,” katanya.

Lima pemain itu terdiri daripada penjaga gol Joslan Aping, Mohd Hizaz Mohd Lokman, Mohd Syukri Baharun, Mohd Syahmil Nizam Iqbal Khan dan Gerard Gadit.

“Semua lima pemain itu masih boleh beraksi di skuad bawah 19 tahun kerena mereka masih berusia di bawah 19 tahun,” katanya.

Sabah’s Probable Line Up: Mohd Sakri Masri, Kelvin Pengiran, Ranilson Batuil, Fazile Jamelih, Arius Dius Jais, Adi Ali, Muhammad Zaki Sapri (captain), Evan Wensley Wenceslaus, Stanley Sulong, Mohd Aidil Safee, Hamran Peter.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia