Utusan Borneo (Sabah)

SMK Perempuan perbaiki GPS, kekal kecemerlan­gan dalam SPM 2017

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan di sini meneruskan kecemerlan­gan dalam Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan pada Khamis.

Sekolah itu berjaya memperbaik­i Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 3.33 berbanding GPS 3.67 pada tahun sebelumnya, sekaligus mengunggul­i tangga pertama dalam keputusan SPM 2017 bagi sekolah-sekolah di sini.

Sekolah itu turut mencatat 96.27 peratus lulus dengan bilangan calon berdaftar menduduki SPM 2017 seramai 135 orang.

Menurut Pengetua SMK Perempuan Teo Poo Siang, pihak sekolah telah melakukan beberapa Program Peningkata­n Prestasi SPM 2017. Antaranya, Program Kelas Pecutan Awal, Program Kelas Pintas, Program Pemantapan SPM, Program Leader in Me, Program Straight A+, Program Intensif A+, Majlis Anugerah Bestari, Program Penetapan Target, Program Hari Pelaporan dan Program Celik Peperiksaa­n SPM 2017.

Selain itu, beliau berkata Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan turut mengadakan kaunseling berfokus secara berkelompo­k setiap dua minggu sekali. Turut diadakan, Program Motivasi dan Hala Tuju Selepas SPM serta kaunseling individu.

Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Tun Juhar mencatat GPS 4.18 dengan pencapaian 100 peratus lulus. Sekolah itu mempunyai seramai 75 calon.

SMK Sung Siew pula mencatat GPS 4.30 dengan peratus lulus sebanyak 89.87 peratus. Sekolah itu turut mempunyai empat pelajar cemerlang iaitu Nelly Chia Lee Teng yang memperoleh­i (9A+, 1A dan 1A-); Chin Siau Wui (8A+, 2A dan 1A); Theophania Hor Zhi Zhen (8A+, 1A, 1A- dan 1B+); serta Chua Lik Hong (8A+ dan 1A).

Sementara itu, SMK Muhibbah berjaya mencatat GPS 4.90 dengan peratus lulus sebanyak 84.87 peratus. Daripada 154 calon berdaftar, seorang pelajarnya cemerlang iaitu Yeo Jia Ju dengan keputusan 8A+, 1A dan 1A-.

SMK Konven St Cecilia mencatatka­n GPS 4.93 dengan 84.32 peratus lulus. Seramai 187 calon berdaftar bagi SPM 2017 di sekolah berkenaan.

Untuk rekod, seramai 3,462 calon dari 20 sekolah menengah di daerah ini telah berdaftar untuk SPM 2017.

 ??  ?? ANTARA pelajar SMK Perempuan yang cemerlang dalam SPM 2017 bersama guruguru.
ANTARA pelajar SMK Perempuan yang cemerlang dalam SPM 2017 bersama guruguru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia