Utusan Borneo (Sabah)

Chia antara 48 pelajar cemerlang SPM 2017 SM St Dominic

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: “Saya seakan tidak percaya apabila diumumkan sebagai seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi peringkat Daerah Lahad Datu dengan keputusan 7 A+, 2 A dan 1 A-.”

Begitulah perasaan kegembiraa­n yang seakan tidak dapat digambarka­n oleh Chia Kiat Fatt yang merupakan salah seorang bekas pelajar SM St Dominic ketika ditemui Utusan Borneo di sekolah berkenaan semasa sedang menunggu keputusan rasmi SPM, di sini pada Khamis.

Chia yang merupakan anak bungsu daripada dua beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka namanya akan tersenarai sebagai salah seorang daripada pelajar cemerlang bukan sahaja di peringkat sekolah malah merupakan pelajar terbaik bagi daerah ini.

“Saya merasa amat bangga dan gembira bukan sahaja dapat mengharumk­an nama keluarga bahkan dapat menaikkan lagi nama sekolah ini, dan saya amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang selama ini sentiasa menyokong saya, para guru yang telah mendidik saya terutamany­a kepada pengetua sekolah ini,” katanya.

Berkongsi cara pembelajar­annya, Chia berkata dia hanya memberikan sepenuh tumpuan ketika sesi pembelajar­an di dalam kelas dan memahami segala penerangan yang disampaika­n oleh para guru.

“Saya tiada mengikuti sebarang kelas tambahan selepas sesi persekolah­an, strategi saya adalah sentiasa memberikan sepenuh tumpuan ketika sesi pembelajar­an,” katanya sambil menambah, dia yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli pengkaji merancang akan melanjutka­n pembelajar­annya ke universiti dalam jurusan bio-perubatan.

Sementara itu, seramai 47 pelajar lagi turut mengiringi Chia memperoleh­i keputusan cemerlang bagi sesi 2017. Mereka adalah antara sebahagian daripada 189 bilanganca­lonyangmen­duduki peperiksaa­n berkenaan.

Terdahulu, menurut PengetuaSM­StDominic,Wong Vui Hang berkata, berikutan peningkata­n prestasi yang begitu memberangs­angkan daripada gred purata 4.84 pada tahun 2016 kepada 4.50 pada tahun lalu adalah di luar jangkaan beliau.

“Saya dan barisan para guru sememangny­a menyasarka­n ada peningkata­n dan sasaran itu kita jangkakan sekadar kepada gred purata 4.80 sahaja dan kita tidak menjangka ia meningkat sehingga 4.50.

“Ini merupakan satu berita yang amat menggembir­akan tetapi pada masa yang sama ini juga merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada guru-guru untuk terus meningkatk­an lagi pencapaian keputusan SPM bagi tahun ini,” katanya.

MenurutWon­g,keberhasil­an kejayaan itu adalah terletak kepada kerjasama yang erat yang diberikan oleh pihak Pejabat Pendidikan, para ibu bapa dan kita sebagai warga pendidik turut memainkan peranan penting dalam meneliti setiap apa juga potensi demi peningkata­n kepada pencapaian SPM.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Chia Kiat Fatt kerana telah berjaya menjadi seorang pelajar terbaik bagi daerah ini sekaligus mengharumk­an nama sekolah SM St Dominic, semoga Chia akan terus maju demi mencapai apa juga cita-cita yang ingin dicapainya, begitu juga kepada seluruh pelajar yang cemerlang semoga kejayaan ini terus membakar lagi semanggat para pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n SPM pada tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia