Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki ganja: Pelajar kolej dipenjara lima tahun, 10 sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang pelajar kolej dikenakan penjara lima tahun dan sepuluh sebat, oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan memiliki ganja seberat 288 gram.

Hakim Nurchaya Hj Arshad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Tuan Muhammad Afiq Tuan Zahadi, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.

Tertuduhdi­dapatimela­kukan kesalahan itu pada 3 Mei tahun lalu jam 7 malam, di pondok keselamata­n Puncak Luyang, Luyang.

Atas kesalahan itu, Tuan Muhammad Afiq disabitkan mengikut Seksyen 6 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun hingga seumur hidup dan minimum sepuluh sebatan.

Sebelum ini, tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, kerana didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) akta sama.

Peguam Edward Paul mewakili tertuduh, manakala Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun bertindak untuk pendakwaan.

Di Mahkamah Majistret, dua penggangur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri sebungkus sayap ayam berharga RM15.59 milik sebuah pasar raya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 2 April untuk pengurusan kes terhadap Wellery Vitta@ Victor, 22 dan Fedlee Juakin, 34, yang tidak diwakili peguam.

Mereka dengan niat bersama, melakukan kesalahan itu pada 11 Mac jam 7 malam, di Giant Kepayan, Kepayan Ridge, di sini.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit mencadangk­an ikat jamin diberikan sebanyak RM4,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Bagaimanap­un kedua-dua tertuduh memohon jumlah berkenaan dikurangka­n.

Wellery dan Fedlee dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia