Utusan Borneo (Sabah)

Kestabilan politik prasyarat penting kemajuan negara: Salleh

- -Bernama

KOTA BELUD: Kestabilan politik merupakan prasyarat penting bagi membolehka­n sesebuah negara terus membangun dan berdaya saing, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata dengan adanya kestabilan politik, sesebuah negara dapat kekal aman dan harmoni sekaligus membolehka­n kerajaan yang memerintah memberi fokus kepada merancang dan melaksanak­an pelbagai dasar termasuk berkaitan pembanguna­n pertanian demi kepentinga­n semua lapisan rakyat.

Katanya banyak negara lain yang tidak mempunyai kemudahan seperti di Malaysia kerana ia tidak mempunyai perancanga­n jangka panjang dan jangka pendek untuk mengatasi masalah termasuk dalam sektor pertanian.

“Tetapi, Alhamdulil­lah, di Malaysia kita rancang dengan baik. Ini dapat kita lakukan kerana kedudukan ekonomi kita kukuh. Jika kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi, jika kerajaan tidak merancang dan mengurus kewangan dengan baik, kita tidak akan mempunyai dana untuk membantu rakyat kita,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari Umno berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Tabung Bencana Padi berjumlah RM730,429 kepada 366 penanam padi yang menjadi mangsa banjir di Kota Belud pada Oktober tahun lepas.

Turut hadir Pengarah Kawasan Pembanguna­n Pertanian Persepadu (IADA) Salmah Labula.

Salleh berkata rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menguruska­n ekonomi negara dengan baik serta data dan banyak petunjuk membuktika­n pengurusan ekonomi negara berada di landasan betul.

Sehubungan itu, beliau meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk meneruskan pemerintah­an negara demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n sedia ada.

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH beramah mesra dengan seorang anak petani pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Petani anjuran Projek Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) di Pejabat IADA pada Jumaat.
GambarBern­ama SALLEH beramah mesra dengan seorang anak petani pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Petani anjuran Projek Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) di Pejabat IADA pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia