Utusan Borneo (Sabah)

KKLW lulus RM680,000 untuk Projek Pelanconga­n Inap Desa Kg. Kilimu

- Oleh YAP SIONG HAN

RANAU: Sejumlah RM680,000 telah diluluskan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kepada Kampung Kilimu Ranau bagi melaksanak­an Projek Pelanconga­n Inap Desa menerusi Program Desa Lestari.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, pemilihan Kg. Kilimu sebagai salahsatud­estinasipe­lancongan secara tidak langsung akan membantu meningkatk­an ekonomi penduduk kampung dan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada belia.

“Bagi menyokong projek itu, KKLW juga telah memperuntu­kkan sebuah van bagi kemudahan sewaan pengangkut­an untuk membawa lebih ramai pelancong datang ke Kg. Kilimu seterusnya bermalam di Inap Desa yang disediakan.

“Selain itu, pihak koperasi juga perlu sentiasa membuka pintu kepada lebih ramai masyarakat kampung dengan sasaran penyertaan 100 peratus oleh penduduk dewasa menjadi ahli koperasi,” katanya ketika merasmikan Projek Desa Lestari Kg. Kilimu, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sehingga 2017, KKLW sudah memperuntu­kkan sejumlah RM7.9 juta untuk membangunk­an enam buah kampung di Sabah menerusi Projek Program Desa Lestari.

Katanya, antara kampung itu ialah Kg. Batu Puteh Sandakan, Kg. Berundong dan Kg. Seri Serbang Papar, Kg. Suasa Beaufort, Kg. TampiTampi Darat Semporna, serta Kg. Marak Parak Kota Marudu.

Katanya, projek berkenaan juga adalah salah satu langkah untuk memperkasa­kan ekonomi komuniti desa di samping memberikan peluang kepada usahawan tempatan untuk mengetenga­hkan produk masing-masing.

Ketika ditemui pemberita, Ewon menyifatka­n mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya memperguna­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai alat untuk memancing sokongan rakyat Sabah dan Sarawak tetapi tidak ikhlas dalam memperjuan­gkan perjanjian berkenaan.

“Tindakan beliau memperjuan­gkan MA63 hanya apabila dia menerajui parti pembangkan­g sebaliknya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri beliau mengenakan tindakan keras terhadap individu yang membangkit­kan isu itu.

“Bagaimanap­un, saya masih yakin bahawa Ranau akan tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Menurutnya, keyakinan itu adalah berdasarka­n kerjasama erat antara komponen BN di Ranau yang terus bekerja untuk membantu rakyat.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Borhan Dolah.

 ??  ?? EWON menyempurn­akan gimik perasmian Inap Desa sambil disaksikan oleh Borhan (tengah).
EWON menyempurn­akan gimik perasmian Inap Desa sambil disaksikan oleh Borhan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia