Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian SPM Beluran meningkat

SMK Terusan Sugut 100%, SMK Beluran II catat lonjakan kedua terbaik di Sabah

- Oleh SALMAN ABADI pelajar cemerlang SPM 2017 SMK Beluran II.

BELURAN: Pencapaian peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 daerah Beluran meningkat dengan sebuah sekolah mencatat keputusan lulus 100 peratus, manakala sebuah lagi mencatat pencapaian lonjakan sekolah terbaik.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut (Sekolah Kluster) Pandir Lodah berkata sekolah itu mencatat lulus 100 peratus bagi kesemua 33 orang calon SPM 2017 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.61.

“SMK Terusan Sugut yang terletak di kawasan luar bandar (pulau) sebagai sekolah pedalaman tiga (P3), turut mencapai 100 peratus lulus bagi enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Perdaganga­n, Pendidikan Moral dan Visual.” pendidikan Seni PANDIR LODAH Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut

Katanya, SMK Terusan Sugut yang terletak di kawasan luar bandar (pulau) sebagai sekolah pedalaman tiga (P3), turutmenca­pai100pera­tuslulus bagi enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Perdaganga­n, Pendidikan Moral dan pendidikan Seni Visual.

Pelajar terbaik SPM 2017 SMK Terusan Sugut Beluran ialah Mohd Rosman Abd. Amin (7A, 3), Siti Nurhijjah Jahariah (5A, 3B, 1C) dan Aflossorin Aman @Odoi (4A, 1B, 2C).

Sementara itu, SMK Beluran II turut melakar sejarah apabila muncul sekolah yang mendapat pencapaian lonjakan sekolah terbaik dengan menduduki tempat kedua peringkat negeri Sabah, di belakang SMK St John Beaufort (lonjakan +1.11) dalam SPM 2017 yang diumumkan pada Khamis.

SMK Beluran II mencatat lonjakan (peningkata­n) +1.09 dengan GPS 4.44 berbanding 5.53 pada SPM 2016, manakala peratus lulus turut meningkat dari 92.4 peratus (2016) kepada 98.9 peratus tahun lalu.

Dua pelajar terbaik SPM 2017 SMK Beluran II yang mencatat 8A ialah Naomi Joyce Jawlan dan Clyres Junaidi, manakala empat pelajar mendapat 7A dan lima pelajar mencatat 6A.

Sementara itu, tujuh lagi sekolah di Sabah yang mencatat lonjakan melebihi 0.80 dalam SPM 2017 ialah SMK Agama Tun Juhar Sandakan (+1.05), SMK Sungai Damit Tuaran (+0.99), SMK Kabogan II Semporna (+0.94), SMK St Anthony Tenom (+0.91), SMK Tamparuli (+0.83), SMK Kudat dan SMK Bukit Garam II Kinabatang­an yang masingmasi­ng mencatat lonjakan +0.81.

Pengetua SMK Beluran II Siti Norita Dani menerima anugerah lonjakan sekolah terbaik yang disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul di SM All Saints Kota Kinabalu, selepas pengumuman keputusan itu pada Khamis.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? NAOMI Joyce pelajar terbaik SPM 2017 SMK Beluran II bersama bapanya, Jawlan.
NAOMI Joyce pelajar terbaik SPM 2017 SMK Beluran II bersama bapanya, Jawlan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia