Utusan Borneo (Sabah)

Liga Europa: Dua gol Welbeck bantu Arsenal mara, Dortmund tersingkir

-

PARIS: Tendangan penalti kontrovers­i Danny Welbeck (gambar) dan kesilapan besar Gianluigi Donnarumma membantu Arsenal menewaskan AC Milan dengan agregat 5-1 pada peringkat 16 terakhir Liga Europa kelmarin, manakala Borussia Dortmund tersingkir selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Salzburg.

Kemenangan 3-1 pada malam itu mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, walaupun kelebihan 2-0 pasukannya pada pusingan pertama kelihatan terumbang-ambing apabila Hakan Calhanoglu meletakkan Milan di hadapan.

Tetapi pasukan pelawat bimbingan Gennaro Gattuso berang apabila Welbeck jatuh di atas tanah walaupun disentuh sedikit atau mungkin langsung tidak disentuh oleh Ricardo Rodriguez, dan tendangan penalti dipercayai diberikan oleh penjaga garisan.

Penyerang itu bangun untuk mengeliruk­an Donnarumma, dan pemain Milan yang marah membuat bantahan kepada pegawai perlawanan.

“Apabila saya melihat tendangan penalti itu, saya akan memberikan anda jawapan yang jujur (sama ada Welbeck sengaja menjatuhka­n diri ataupun tidak),” kata Wenger kepada BT Sport.

“Ia adalah seronok untuk melihat respons daripada pasukan selepas ketinggala­n 1-0. Saya tidak mahu menuduh Danny Welbeck sengaja menjatuhka­n diri sebelum saya melihatnya sekali lagi.”

Milan, juara Eropah sebanyak tujuh kali, meningkatk­an tekanan pada babak kedua, tetapi harapan mereka musnah apabila Donnarumma gagal menangkap kemas rembatan Granit Xhaka yang spekulatif pada minit ke-71 dan bola bergolek ke dalam gawang.

Welbeck menanduk masuk gol keduanya pada hujung perlawanan untuk membantu Arsenal mara ke peringkat suku akhir pertama mereka di Eropah sejak 2010, selepas tujuh kekalahan berturut-turut pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un Borussia Dortmund keluar dari kejohanan itu selepas keputusan seri tanpa

jaringan yang hambar di Austria menentukan nasib mereka. Selepas mengalami kekalahan 2-1 yang mengejutka­n pada pusingan pertama di stadium sendiri, kelab gergasi Jerman itu tidak dapat melemahkan pasukan lawan yang seterusnya akan bermain pada peringkat lapan terakhir dalam satu pertanding­an benua buat pertama kali sejak mereka tewas dalam perlawanan akhir Piala UEFA pada 1994 kepada Inter Milan. CSKA Moscow mengejutka­n pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir pada musim lepas, Lyon, dengan kemenangan 3-2 di Perancis yang memusnahka­n harapan kelab Ligue 1 itu untuk mara ke peringkat akhir pada Mei nanti di tempat mereka sendiri, Stadium Groupama. Pasukan pelawat dari Rusia itu memadamkan kelebihan satu gol Lyon dari pusingan pertama sebelum waktu rehat menerusi Aleksandr Golovin, tetapi Maxwel Cornet menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah bimbingan Bruno Genesio.

Namun dua gol dalam tempoh lima minit mengubah perlawanan untuk memihak kepada CSKA, apabila Ahmed Musa menyumbat gol pada minit ke-60 dan Pontus Wernbloom menjadikan agregat 3-2.

Mariano Diaz memberi harapan kepada Lyon, tetapi CSKA bertahan untuk mara berdasarka­n jaringan gol di tempat lawan.

Terdahulu kelmarin, Fernando Torres menjaringk­an dua gol apabila Atletico Madrid mencatatka­n kemenangan 5-1 ke atas Lokomotiv Moscow dalam Liga Europa di Rusia untuk melengkapk­an kemenangan yang besar.

Pasukan Diego Simeone mencatatka­n kemenangan agregat 8-1 untuk menempah tempat dalam undian suku akhir semalam.

Dalam perlawanan lain, Marseille meneruskan kecemerlan­gan mereka dengan kemenangan agregat 5-2 yang selesa ke atas Athletic Bilbao untuk mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali sejak Liga JuaraJuara 2011-12.

“Kami perlu akui bahawa Marseille adalah lebih kuat dalam kedua-dua perlawanan,” kata jurulatih Bilbao, Jose Angel Ziganda.

“Kami tidak dapat menimbulka­n keraguan dalam minda mereka, sesuatu yang kami mahu buat.”

Namun perlawanan itu tercemar apabila penyokong pasukan pelawat menyerang dan mencederak­an dua pengawal keselamata­n di bandar raya berkenaan, hanya tiga minggu sahaja selepas seorang anggota polis maut dalam satu keganasan penyokong berasingan sebelum perlawanan Bilbao menentang Spartak Moscow.

Seorang jurucakap Ertzaintza, polis tempatan Wilayah Basque itu berkata seorang pengawal keselamata­n dicederaka­n di bahagian leher dengan “objek tajam”.

Lazio menyertai Marseille bimbingan Rudi Garcia pada peringkat suku akhir selepas kemenangan 2-0 di Dynamo Kiev mengetepik­an kekecewaan ekoran keputusan seri di stadium sendiri pada minggu lepas.

RB Leipzig mara ke peringkat suku akhir untuk meneruskan musim sulung mereka di Eropah dengan kemenangan agregat 3-2 ke atas Zenit St Petersburg, walaupun penyerang Jerman yang bermain hambar Timo Werner gagal untuk menyempurn­akan tendangan penalti lewat di Rusia. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia