Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter pengampuna­n kompaun kesalahan letak kereta, caj letak kereta pada 16 - 18 Mac

-

KOTA KINABALU: Bersempena dengan Karnival Usahawan Bersama Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia pada 16 hingga 18 Mac, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka kaunter pengampuna­n kompaun di bawah UndangUnda­ng Kecil (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014.

Mayor Bandaraya Kota Kinabau Datuk Yeo Boon Hai berkata, kadar pengampuna­n yang dikeluarka­n di bawah undang-undang kecil berkenaan yang melibatkan kesalahan letak kereta serta kesalahan berkaitan kupon letak kereta, hanya akan dikenakan bayaran RM10 bagi setiap kompaun.

Selain itu katanya, mereka yang masih mempunyai tunggakan caj tiket letak kereta (sistem tiket sebelum sistem kupon dilaksanak­an) juga akan diberi penguranga­n yang mana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM10 bagi setiap kenderaan yang mempunyai tunggakan.

Orang ramai dinasihatk­an untuk mengambil peluang ini membuat pembayaran di kaunter pembayaran di tingkat bawah, Bangunan DBKK, yang akan dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada 16 hingga 18 Mac 2018.

Orang ramai boleh menyemak sekiranya mereka ada sebarang kompaun letak kereta melalui laman web https:eservices.dbkk.sabah. gov.my/compounds.

Bagi menyemak kompaun kesalahan letak kereta, sila hubungi Jabatan Penguatkua­saan, DBKK di talian 088-521800.

Bagi menyemak kompaun kesalahan letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta, sila hubungi Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd., Tingkat 1, KK Palaza di talian 088-270181 / 182.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia