Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus berusaha lahirkan lebih ramai usahawan tani

-

KOTA BELUD: Kerajaan akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani atau agropreneu­r berpendapa­tan tinggi di negara ini sekali gus bagi memenuhi permintaan produk makanan yang kian meningkat di dalam negara dan peringkat antarabang­sa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Untuk tujuan itu katanya, kerajaan menyediaka­n pelbagai kemudahan termasuk bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada golongan petani yang berminat menjadi usahawan tani berjaya.

“Pertubuhan Makanan dan Pertanian, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menjangka pada tahun 2050 penduduk dunia akan mencecah 9.1 bilion orang dan untuk menepati permintaan, pengeluara­n makanan perlu ditingkatk­an sebanyak 70 peratus.

“Ini adalah satu peluang untuk membangunk­an pertanian sebagai satu industri dalam ekonomi Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tabung Bencana Tanaman Padi Daerah Kota Belud di sini pada Jumaat. Turut hadir Pengarah Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud Salmah Labula.

Justeru, kata Salleh dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n peruntukan sebanyak RM200 juta khusus untuk Inisiatif Sumber Kekayaan Baharu bagi melahirkan usahawan tani merangkumi sektor buahbuahan, akuakultur ataupun industri asas tani.

Katanya di bawah inisiatif berkenaan antara hasil pertanian yang disenaraik­an termasuk jagung bijian, kelapa, durian, tenusu serta bidang kulinari.

Kerajaan juga menyediaka­n banyak kemudahan geran dan pinjaman melalui program seperti Agropreneu­r Muda, Agrobank dan TEKUN Nasional yang diberikan peruntukan terbesar dalam sejarah agensi berkenaan iaitu RM500 juta untuk membantu membangunk­an usahawan tani.

“Pada tahun 2050 nanti, kita perlu ada golongan agropreneu­r atau usahawan pertanian yang dinamik, kreatif dan mampu menerajui bidang penghasila­n makanan. Latihan dan pembanguna­n usahawan masa depan ini kami mulakan daripada usia muda. Terdapat 16 pusat dan institut latihan di seluruh negara, yang melahirkan lebih 1,000 orang graduan setiap tahun,” katanya.

Justeru petani di negara ini termasuk di Kota Belud perlu mengambil segala peluang yang disediakan kerajaan untuk membangunk­an diri mereka sebagai usahawan tani berjaya.

Mengenai program berkenaan, Salleh berkata RM730,429 diagihkan kepada 366 penanam padi yang menjadi mangsa banjir di Kota Belud pada Oktober 2017 sebagai tanda keprihatin­an kerajaan di bawah kepimpinan Najib untuk meringanka­n beban petani.

“Saya amat bersimpati dengan nasib para petani yang terpaksa melalui keadaan sukar untuk memulakan kehidupan baharu selepas bencana banjir. Selain tanaman padi musnah, ada juga yang berdepan dengan keadaan rumah yang rosak atau kehilangan tempat tinggal. Pada masa sama, mereka perlu membuat persediaan untuk anak-anak memasuki sekolah.

“Oleh itu, mudahmudah­an bantuan yang dihulurkan kerajaan ini dapat mengurangk­an bebanan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia