Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelajar sesat di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau ditemui

Dilapor sesat di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau pada Jumaat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua pelajar praktikal Politeknik Sarawak yang dilaporkan sesat semasa berada di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau (TBT), di sini pada Jumaat, berjaya ditemui semula dalam tempoh 20 jam.

Pengurus TBT Jufri Nasri mengesahka­n kejayaan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) itu yang digerakkan pihaknya bersama polis serta pasukan bomba dan penyelamat.

“Mangsa, Mohd Khairul Siwwes, 21, ditemui di Mini Hidro Kg Gudang Empat, kira-kira 4km dari pusat kawalan operasi SAR di TBT, kira-kira jam 11.30 pagi tadi (Sabtu).

“Khairul ditemui oleh seorang penduduk kampung yang tinggal di Kg Gudang Empat dan mangsa dalam keadaan letih namun bantuan minuman dan makanan sudah diberikan.

“Hafizam Abdawah, 21, ditemui tim SAR di Gunung Maria, kira-kira jam 3.19 petang, iaitu 12.2km dari sini, dan bantuan makanan serta minuman juga diberikan,” katanya.

Jufri berkata kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada jam 7.15 malam, Jumaat, sebelum makluman disampaika­n kepada polis dan bomba untuk tindakan susulan operasi SAR .

JUFRI dan Shahrudy memberikan taklimat berhubung kejayaan operasi SAR yang dijalankan.

Menurutnya, keduadua mangsa sudah empat kali masuk TBT kerana menjalanka­n kajian tumbuhtumb­uhan, dan kemasukan mereka ke lokasi itu pada kali ini adalah kali kelima.

“SAR melibatkan pasukan bomba, polis dan renjer Taman-Taman Sabah (TTS), di sekitar kawasan hutan terbabit dijalankan tanpa henti semenjak laporan awal diterima,” katanya.

Mengulas keadaan kesihatan kedua-dua mangsa, beliau berkata semasa ditemui mereka amat letih namun bantuan awal seperti bekalan makanan dan minuman sudah diberikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Sharudy Delamin berkata operasi SAR disertai 53 orang yang terdiri daripada 12 bomba, 11 polis, dan 30 renjer TTS.

“Kita berharap orang ramai yang memasuki sesebuah kawasan hutan sebegini supaya dapat mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa khususnya TTS,” katanya.

Khairul yang diselamatk­an berkata mereka berdua merancang ke air panas pada jam 9 pagi sebelum berjalan kaki balik semula ke TBT dengan mengikuti tanda merah-putih.

Namun, pada satu tahap, tanda jalan terbabit ‘putusputus’ dan mereka tidak dapat melihat tanda baharu sehingga terpaksa teruskan perjalanaa­n hingga ke kawasan berbukit.

“Sehinggala­h Hafizam mengalami kebas pada

“Kita berharap orang ramai yang memasuki sesebuah kawasan hutan sebegini supaya dapat mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa khususnya TTS SHARUDY DELAMIN

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau

kakinya, namun saya beritahu supaya teruskan berjalan perlahan-lahan kerana takut hari malam (gelap),” katanya.

Selepas itu, Khairul berjalan kira-kira 100 meter ke hadapan untuk mencari tanda jalan yang baharu, sebelum berpatah semula dan menjerit memanggil kawannya.

Disebabkan tidak ada maklum-balas daripada Hafizam, Khairul

kemudianny­a cuba menjejak semula rakannya dan mencari selama kira-kira 30 minit tetapi tidak berjumpa.

“Pada masa itu, saya ingatkan mungkin kawan saya sudah cari jalan lain, jadi saya teruskan perjalanan sehinggala­h terjumpa sungai dan berjalan mengikut sungai.

“Saya tidur di atas batu tepi sungai pada waktu malam, bangun jam 6 pagi sebelum teruskan perjalanan sehingga terjumpa sebuah rumah dan meminta bantuan,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 6 petang, usaha membawa turun Hafizam masih lagi dijalankan tim SAR dan ahli keluargany­a turut menanti di pusat kawalan operasi SAR.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HAFIZAM
HAFIZAM
 ??  ?? KHAIRUL disambut oleh ahli keluargany­a sebaik tiba di pusat kawalan operasi SAR dengan selamat.
KHAIRUL disambut oleh ahli keluargany­a sebaik tiba di pusat kawalan operasi SAR dengan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia