Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sabah terus berusaha

Pastikan rakyat dapat peluang dalam pembanguna­n negara

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan terus berusaha memastikan rakyat Sabah mendapat peluang dalam pembanguna­n negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata dengan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah mampu membawa mereka bersamasam­a dalam pembanguna­n sejajar dengan wawasan negara.

“Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai wawasan yang cukup besar untuk membangunk­an negara seperti digital ekonomi, kreativiti, inovasi, sains dan macam-macam lagi.

“Tetapi beliau juga faham bahawa untuk dasar-dasar ini berjaya ia memerlukan sumber manusia dan modal insan yang berkualiti, mempunyai kepakaran, kreativiti serta motivasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), di sini pada Sabtu.

Katanya SL1M adalah satu contoh program kerajaan yang mampu menyempurn­akan wawasan pembanguna­n negara.

“SL1M melakukan kerja yang terbaik dalam memastikan, mendapatka­n serta mencapai semua muda-mudi mahupun belia yang tidak berpeluang mendapat kerja di sektor kerajaan.

“Denganadan­yaSL1Minid­apatmember­ikan mereka peluang-peluang yang terbuka untuk memasuki pasaran tenaga buruh dan meningkatk­an ekonomi negara,” jelasnya.

Namun Rahman berkata peserta-peserta SL1M juga perlu menaikkan kedaulatan dan mempertaha­nkan kedaulatan negeri selain menaikkan martabat keluarga.

Sementara itu, Ketua Sekretaria­t SL1M Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Norashikin Ismail berkata Kota Kinabalu

DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

dipilih sebagai pusat program SL1M adalah kerana lokasi capaian orang ramai yang strategik.

Katanya melalui rekod tinjauan yang dibuat menyatakan, kawasan Kota Kinabalu memudahkan pencari kerja seluruh negeri untuk datang ke program berkenaan.

“Kemudahan yang sedia ada ini memudahkan pencari kerja untuk datang beramai-ramai ke SL1M ini,” jelasnya.

Ketika ditemui, beliau turut menegaskan, bermula 1 Mac, semua pelatih SL1M akan menerima kadar kenaikan elaun sejumlah RM2,000 sebulan.

Turut hadir Ketua Barisan Nasional (BN) Sepanggar Datuk Yakub Khan dan Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

“SL1M melakukan kerja yang terbaik dalam memastikan, mendapatka­n serta mencapai semua muda-mudi mahupun belia yang tidak berpeluang mendapat kerja di sektor kerajaan. ”

 ??  ?? (Gambar atas) NORASHIKIN (dua kanan) beramah mesra dengan pencari kerja yang hadir pada SL1M berkenaan.
(Gambar atas) NORASHIKIN (dua kanan) beramah mesra dengan pencari kerja yang hadir pada SL1M berkenaan.
 ??  ?? (Gambar kiri) SUASANA Dewan Canselor iaitu lokasi temu dua terbuka SL1M 2018.
(Gambar kiri) SUASANA Dewan Canselor iaitu lokasi temu dua terbuka SL1M 2018.
 ??  ?? PENCARI kerja membuat pendaftara­n SL1M sebelum memulakan temu duga terbuka.
PENCARI kerja membuat pendaftara­n SL1M sebelum memulakan temu duga terbuka.
 ??  ?? RAHMAN (lima kiri) menyempurn­akan gimik perasmian SL1M berkenaan.
RAHMAN (lima kiri) menyempurn­akan gimik perasmian SL1M berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia