Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan pembangkan­g jadikan Sook daerah penuh retorik semata

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kenyataan pihak pembangkan­g khususnya parti DAP untuk menjadikan Daerah Kecil Sook sebagai daerah penuh adalah kenyataan retorik semata-mata bagi meraih sokongan menjelang PRU14 yang akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, sebenarnya kerajaan melalui agensi berkaitan telah melaksanak­an proses untuk menjadikan Daerah Kecil Sook sebagai daerah penuh sejak beberapa tahun yang lepas akan tetapi kerajaan mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum mengisytih­arkannya sebagai daerah penuh.

Katanya, antara syaratsyar­at yang perlu dipenuhi ialah seperti melihat kepada pendapatan penduduk, jumlah penduduk, kemudahan infrastruk­tur seperti bank, balai polis, balai bomba dan lain-lain lagi.

“Ini semua sedang kita laksanakan. Rakyat boleh melihat balai bomba yang sedang dalam pembinaan, balai polis, perumahan yang sedang di bina.

“Selain itu, proses pengukuran jalan dari sini ke Tongod yang sedang dalam perlaksana­an dan dijangka akan dapat meningkatk­an sektor ekonomi di Daerah Kecil Sook,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Ramah Mesra Bersama Penjaja, Penyampaia­n Bantuan Bencana Alam Agromakana­n dan Penyampaia­n Bantuan Rakyat 1 Malaysia di Dewan Masyarakat, di sini pada Jumaat.

“Apabila ekonomi di daerah kecil ini meningkat, ianya akan menarik lebih ramai masyarakat untuk tinggal di sini. Masyarakat juga mempunyai peluang pekerjaan,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, rakyat sekarang bijak dan mereka boleh menilai dan melihat banyak projek-projek pembanguna­n yang telah dilaksanak­an oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kemudahan masyarakat di kawasan pendalaman.

“Saya yakin dan percaya, rakyat di Parlimen Pensiangan akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada PRU14 dan menolak pihak pembangkan­g yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah melaksanak­anya,” tegas Kurup.

Pada majlis itu, Kurup meluluskan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sook untuk pengurusan dan perjalanan aktiviti persatuan dan penyampaia­n Bantuan Bencana Alam Agromakana­n bernilai RM500 kepada 11 orang dan 70 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Daerah Kecil Sook yang tidak mempunyai akaun bank.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an BR1M kepada salah seorang penerima.
KURUP menyampaik­an BR1M kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia