Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan lulus tanah bina Akademi Silat Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan negeri meluluskan sebidang tanah bagi pembinaan Akademi Silat Sabah.

Permohonan yang dibuat oleh Persatuan Silat Sabah (PSS) Pesaka Sabah itu diluluskan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman ketika merasmikan Festival Seni Bela Diri Negeri Sabah di Padang Bandaran Sandakan pada Ahad.

Musa berkata adalah wajar seni pertahanka­n diri seperti silat yang diwarisi sejak dahulu diteruskan sehingga kini dan masa depan.

“Semangat perjuangan seumpama ini perlu disemai dalam diri warga Sabah khususnya warga belia,” katanya.

Beliau berkata para belia wajar berfikiran luas, dinamik dan sentiasa berusaha memajukan jiwa serta minda, luaskan fikiran dan sentiasa berjiwa besar.

Selain itu katanya, aktiviti seni bela diri yang menjadi sebahagian daripada kesenian kebudayaan pelbagai etnik boleh dizahirkan sebagai aktiviti gaya hidup sihat rakyat Sabah selain menjadikan Sabah sebagai pusat kecemerlan­gan sukan seni bela diri yang mampu mengangkat nama negeri di persada sukan kebangsaan dan antarabang­sa.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi kerjasama dan mengalu-alukan aktiviti Festival Seni Bela Diri kerana pada dasarnya ia bukan sahaja memberi erti yang besar dan bermanfaat khususnya dalam memastikan sukan ini terus diminati dan dipelopori oleh semua lapisan masyarakat, malah ia juga membantu memartabat­kan sukan ini kepada satu taraf yang sepatutnya,” katanya.

Justeru, beliau berkata adalah amat wajar jika semua bermula hari ini dengan setiap individu dan keluarga di Sabah membuka minda dan sikap untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dan positif seperti memilih terlibat aktif dalam mana-mana aktiviti seni bela diri yang berdaftar dan sah.

“Sudah tentu saya amat berbangga jika rakyat Sabah dikenali di seluruh Malaysia sebagai rakyat yang mempunyai disiplin yang tinggi hasil aktiviti seni bela diri.

“Saya yakin imej dan ‘trend’ seperti ini pastinya memberi impak yang besar dan positif kepada kestabilan dan kemakmuran negeri Sabah.

“Adalah amat rugi jika para belia di Sabah tidak mengambil peluang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti seni bela diri,” katanya.

 ??  ?? MUSA melancarka­n gimik perasmian Festival Seni Bela Diri Negeri Sabah.
MUSA melancarka­n gimik perasmian Festival Seni Bela Diri Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia