Utusan Borneo (Sabah)

RM10J BANTUAN TAMBAHAN

Diluluskan untuk rumah ibadat bukan Islam di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM10 juta kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, setelah berbincang dengan Perdana Menteri untuk meluluskan bantuan tambahan menerusi Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) itu, fokus turut diberikan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Peruntukan tambahan ini diluluskan setelah saya berbincang dengan beliau (Najib) dan perkara ini juga telah dimaklumka­n kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

“Kerajaan negeri kini dalam proses menyenarai­kan keperluan tambahan yang diperlukan oleh rumah-rumah ibadat bukan Islam di Sabah khususnya Sepanggar.

“Ini adalah peruntukan tambahan daripada dana yang disalurkan setiap tahun untuk tujuan yang sama di sini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Pemimpin Gereja-Gereja Parlimen Sepanggar, di sini pada Ahad.

Beliau turut menyeru agar pihak gereja-gereja di Sepanggar untuk melebarkan program kebajikan yang dilaksanak­an menerusi badan bukan kerajaan (NGO) masing-masing agar memasuki kawasan komuniti muslim bagi menjalanka­n khidmat masyarakat.

Katanya pada masa sama, NGO Islam juga perlu masuk ke kawasan komuniti Kristian bagi melaksanak­an tujuan yang sama.

“Saya juga akan melantik seorang pegawai khas dari kalangan pastor atau wakil gereja dalam Pusat Khidmat saya di Sepanggar.

“Tujuannya adalah khusus untuk mendengar dan menerima cadangan, pandangan, bantahan serta kritikan daripada masyarakat Kristian di sini,” katanya.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menjelaska­n bahawa rakyat perlu bersatu dalam sebuah kapal yang besar.

“Kapal yang kecil walaupun bersatu tetapi akan karam di lautan yang bergelora, tidak guna masuk dalam kapal yang bocor.

“Pilihlah kapal besar menjadi penentu dan kapal itu adalah Barisan Nasional (BN) yang stabil serta berbilang kaum,” katanya.

(tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Wanita PBS Inanam Datin Evelyn Goh.

Menurutnya, kapal itu akan menguakan lagi suara di Sabah di peringkat lebih tinggi agar mampu mewarnai hala tuju negara.

“Namun ini tidak bermaksud kita tidak menghargai kepimpinan Perdana Menteri kerana kita sentiasa menyokong kepimpinan beliau dan juga Ketua Menteri,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia