Utusan Borneo (Sabah)

Salah pilih jalan

Punca dua pelajar sesat dalam hutan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Salah pilih jalan, punca dua pelajar praktikal Politeknik Sarawak sesat dalam Hutan Simpan Taman Bukit Tawau (TBT) di sini, sehingga terpaksa minum air lopak, makan buah hutan serta bermalam di atas batu dan tanah, sebelum dapat diselamatk­an.

Mohd Khairul Siwwes, 21, ditemukan jam 11.30 pagi di Mini Hidro Kg Gudang Empat, (4km dari Pejabat Tadbir TBT) dan Hafizam Abdawah, 21, di Gunung Maria (12.2km) jam 3.19 petang.

Utusan Borneo yang berada di lokasi kejadian diberitahu bahawa insiden kali ini menjadi kes orang sesat paling lama dicari dan paling jauh tersasar dari Pejabat Tadbir TBT.

Difahamkan, ketika dalam perjalanan pulang dari air panas, mereka keliru apabila tiba di jalan bercabang dua yang menuju Canopy Walkway dan satu lagi ke arah Gunung Maria.

Hafizam sendiri menyangkak­an dirinya sesat kira-kira 800 meter dari laluan asal, namun renjer hutan yang menemuinya memberitah­u dia sebenarnya tersasar sejauh 8km. Menceritak­an pengalaman­nya sesat di dalam hutan, beliau berkata insiden

KHAIRUL yang ditemui pada jam 11.30 pagi disambut oleh ahli keluargany­a.

itu bermula ketika mereka terjumpa dengan jalan yang bercabang dua semasa dalam perjalanan balik.

Pada masa itu, mereka keliru memilih jalan yang hendak dilalui sebelum bertindak meneruskan perjalanan dengan mengikut reben berwarna merah putih sebagai panduan.

“Sepanjang perjalanan, kami ada menemui ‘camp site’ dan mengharung­i hujan lebat sehinggala­h reben itu sudah tidak kelihatan menyebabka­n kami terpaksa cari cara lain.

“Masa itu kaki saya juga sudah terseliuh, tetapi Khairul kata kami kena teruskan perjalanan dan kami mesti balik, jadi saya mengikutin­ya dan meneruskan perjalanan.

“Sehinggala­h terasa kaki kebas dan saya minta Khairul berjalan dahulu dan kalau ada ‘apa-apa’, saya minta dia beritahu renjer hutan bahawa saya di Gunung Maria,” katanya.

Ketika diberitahu bahawa Khairul ada cuba mencarinya di tempat asal dia ditinggalk­an, Hafizam berkata dia tidak berada di lokasi asal kerana turut cuba mencari kawannya itu.

Apabila hari hampir gelap, Hafizam berkata dia terus mencari pokok untuk berteduh dan membina ‘tempat berteduh’ dari daundaun di bawah sebatang pokok berbentuk segitiga.

“Memang imaginasi diri pada ketika itu (bersendiri­an

“Saya berterima kasih kepada tim operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sanggup bertungkus-lumus menyelamat­kan kami, tanpa ” mereka mungkin kami tidak selamat.

HAFIZAM ABDAWAH, 21 Pelajar

dalam hutan pada hari gelap - malam) ada macam-macam dan berfikir yang bukanbukan,” katanya.

Beliau berkata pada hari keesokanny­a dia cuba menjejak lokasi terakhir reben merah putih terbabit tetapi tidak menemuinya sebelum berpatah-balik ke Gunung Maria.

Mujur panggilan telefon pada jam 10 pagi kepada keluargany­a dapat disambung kepada pihak TBT yang memintanya berteriak untuk memudahkan tim SAR menemuinya.

Tim SAR terpaksa mengambil masa lebih lima jam untuk membawa Hafizam ke pejabat tabdir TBT, akibat keadaan fizikalnya yang terlalu lemah, letih, haus dan kelaparan.

Hanya kira-kira jam 8.30 malam barulah Hafizam yang diiringi tim SAR tiba di pejabat tadbir TBT dan dipertemuk­an semula dengan ahli keluarga yang menantinya.

“Saya tidak percaya boleh (sesat) sampai ke Gunung Maria dan balik dengan selamat, sebab tidak larat (untuk meneruskan perjalanan) dan ada terfikir mahu tinggal di hutan.

“Saya berterima kasih kepada tim operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sanggup bertungkus-lumus menyelamat­kan kami, tanpa mereka mungkin kami tidak selamat.

“Begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan keselamata­n kami, tanpa doa kalian mungkin saya masih lagi ‘tersangkut’ di gunung,” katanya.

Ayah kepada Hafizam iaitu Abdawah Saluan, 41, bersyukur kerana anak lelakinya selamat dan berterima kasih kepada tim SAR yang berusaha menyelamat­kan anaknya.

Untuk rekod, Khairul dan Hafizam mula terpisah kirakira jam 4 petang Jumaat dan ditemukan oleh tim SAR pada masa dan lokasi yang berasingan, hari keesokanny­a.

Sehari sebelum kejadian, kedua-dua pelajar itu pergi ke TBT kerana majikan mereka merancang mendirikan projek rumah atas pokok di hutan simpan itu.

Tim SAR disertai 12 bomba, 11 polis, 30 renjer TamanTaman Sabah dan tiga tim penyelidik yang menjalanka­n kajian The Bornean Carnivore Programme di TBT.

 ??  ?? HAFIZAM merakamkan gambar bersama Pengurus TBT Jufri Nasri dan tim SAR.
HAFIZAM merakamkan gambar bersama Pengurus TBT Jufri Nasri dan tim SAR.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia