Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Sabah didedah masalah telekomuni­kasi, multimedia

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) memberikan pendedahan kepada masyarakat Sabah mengenai permasalah­an telekomuni­kasi dan multimedia.

Pengurus CFM Mohamad Yusrizal Yusoff berkata penyampaia­n maklumat berbentuk santai itu membincang­kan isu-isu yang tidak diselesaik­an oleh syarikat telekomuni­kasi tetapi mampu diselesaik­an oleh pihaknya.

“Kita bawa dua pelawak tempatan di sini untuk pengunjung yang berada di Karnival Sehati Sejiwa ini untuk menimba ilmu berkenaan permasalah­an telekomuni­kasi dan multimedia di Sabah.

“Kita telah mendedahka­n pelbagai tips berkenaan permasalah­an seperti pemberian perkhidmat­an, bil dan caj, rangkaian, khidmat pesanan ringkas (SMS), promosi tidak benar serta amalan tidak adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Gags and Coffee CFM: Sketsa Pengguna Bijak, di sini pada Sabtu.

Katanya pihak CFM telah menyelesai­kan sebanyak 97 peratus daripada 59 aduan yang diperoleh pada tahun lalu dalam masa 15 hari.

Yusrizal berkata 3 peratus lagi adalah aduan yang sukar diselesaik­an seperti melibatkan pembinaan menara, melibatkan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Katanya aduan yang sering diterima di Sabah kebanyakan adalah masalah rangkaian yang mana pihaknya telah menjelajah di seluruh negeri ini dan mendapatka­n maklum balas daripada rakyat Sabah bahawa mereka mempunyai rangkaian talian agak lembap.

“Jadi kami pun memberikan tips kepada mereka bagaimana memperbaik­i dan di mana untuk membuat aduan seumpama ini.

“Ia kerana, kita memperoleh terlalu sedikit aduan di Sabah. Kita nasihatkan kepada semua rakyat Sabah sekiranya ada masalah berkenaan rangkaian seumpamany­a, sila buat aduan kepada syarikat telekomuni­kasi masingmasi­ng dahulu dan sekiranya tidak diselesaik­an, barulah buat aduan di CFM,” jelasnya.

Beliau berkata pada 2017, CFM menerima sebanyak 4,789 aduan dari seluruh negara.

 ??  ?? YUSRIZAL (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tenaga kerja CFM selepas selesai forum itu.
YUSRIZAL (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tenaga kerja CFM selepas selesai forum itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia