Utusan Borneo (Sabah)

Galak anak bergiat dalam bidang digemari

-

TAWAU: Bersukan bukan lagi boleh dianggap sebagai aktiviti masa lapang dan riadah semata-mata.

Sukan bukan sahaja berubah dari segi disiplin dan peraturan malah perubahan yang paling ketara adalah dari segi fungsi ataupun peranan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak-anak untuk menggalakk­an anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan.

Katanya ibu bapa hendaklah menjadi teladan dan cerminan kepada mereka. Ibu bapa sewajarnya perlu terlebih dahulu mempamerka­n minat dan kesungguha­n mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan, contohnya pada setiap petang mereka keluar berjoging dan ke lapangan untuk latihan sukan.

“Ibu bapa yang berkemampu­an boleh menghantar atau mendaftark­an anak-anak di kelab-kelab sukan yang menjadi pilihan.

“Dengan cara ini, mereka akan diberikan peluang mengikuti skim latihan yang sistematik daripada jurulatih jurulatih yang berkelayak­an. Bakat dan minat anakanak dapat digilap sejak mereka masih di bangku persekolah­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertanding­an Bola Jaring anjuran Pejabat Belia dan Sukan cawangan Tawau di Dewan KD Sri Tawau, di sini pada Sabtu.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu mengingatk­an ibu bapa supaya jangan menggunaka­n unsur paksaan terhadap anak-anak mereka tetapi yang penting ialah memberi galakan dalam bidang yang mereka gemari dan mempunyai potensi.

“Jika mereka suka bersukan, kita galakkan mereka bersukan dan kita lihat potensi serta bakat mereka. Jika mereka berbakat dalam satu-satu bidang, kita galakkan anak-anak kita untuk mereka terus berusaha dan mengasah bakat mereka yang ada.

“Ini penting kerana memaksa anak-anak kita untuk berbuat sesuatu yang mereka tidak suka akhirnya akan menjadikan anak kita ini merasakan diri dan jiwa mereka tertekan. Apabila ada perasaan ini yang wujud dalam diri mereka, ia akan membesar dalam keadaan yang mempunyai perasaan yang tertekan dan akhirnya ada perasaan memberonta­k di dalam fikiran dan jiwa masing-masing,” katanya.

Hamisa berkata apa yang perlu dibuat sebagai guru di peringkat mana sekali pun mereka hendaklah mengesan anak-anak atau pelajar mereka supaya dapat melihat bakat mereka cenderung ke arah mana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia