Utusan Borneo (Sabah)

MyIPO, KPM sentiasa bincang

Lindungi hak harta intelek sekolah daripada ditiru

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berbincang mengenai keperluan hak harta intelek sekolah dilindungi daripada ditiru oleh pihak ketiga.

Ketua Pengarah MyIPO Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata pihaknya mengenal pasti hasil kreativiti dan inovasi yang dipertandi­ngkan dalam dan luar negeri yang tidak didaftarka­n.

“Selepas pertanding­an, ke mana hilang hasil berkenaan yang jika dipupuk dan dibaja boleh menjadi aset yang sangat berharga kepada sekolah itu.

“Oleh kerana tiada maklumat, kesemua hasil ini hilang dan mungkin diambil oleh pihak yang berkepenti­ngan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis DATUK SHAMSIAH KAMARUDDIN Ketua Pengarah MyIPO

Perasmian Penutupan Program IP Summer Camp

2018, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata MyIPO merangka satu modul pengkhusus­an mengenai asas carian dan pendrafan paten yang akan membantu guru-guru inovasi dalam penyediaan awal persiapan dokumen serta keperluan yang diambil semasa menghasilk­an kreativiti dan inovasi.

Jelasnya ia dapat mengelak daripada pembaziran masa, wang dan tenaga kerana kreativiti atau inovasi berkenaan bukanlah sesutu yang baharu atau ada pembaharua­n yang boleh dipertandi­ngkan seterusnya dilindungi di bawah komponen harta intelek.

“Pada program terakhir 2017 di Sekolah Menengah (SM) Sains Selandar Melaka, MyIPO dengan KPM telah mengadakan bengkel bersama penolong kanan kokurikulu­m dari 63 sekolah berasrama penuh dan sekolah kecemerlan­gan mengenai pengenalan harta intelek serta keperluan pendaftara­n hak harta intelek.

“Sehingga kini, seramai 63 orang penolong kanan kokurikulu­m dan 69 guru inovasi dari semua sekolah berasrama penuh serta sekolah kecemerlan­gan menghadiri taklimat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seramai 200 pelajar dari sekolah berasrama penuh di seluruh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai IP Summer Camp 2018 berkenaan.

Turut hadir ialah Pengetua SM Sains Sabah Zaini Zair.

“Selepas pertanding­an, ke mana hilang hasil berkenaan yang jika dipupuk dan dibaja boleh menjadi aset yang sangat berharga kepada ” sekolah itu

 ??  ?? SAMSIAH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada peserta kreatif dan inovatif sambil diperhatik­an oleh Zaini (kiri).
SAMSIAH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada peserta kreatif dan inovatif sambil diperhatik­an oleh Zaini (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia