Utusan Borneo (Sabah)

Tarik generasi muda ke arah hidup sihat

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Kesibukan hidup dengan pelbagai aktiviti harian membuatkan ramai individu alpa dan leka sehingga mengabaika­n kesihatan diri.

Tidak kira peringkat usia, golongan pelajar mahupun yang telah bekerja, kesihatan diri sebenarnya memainkan peranan penting yang membawa kebahagiaa­n hidup di masa depan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, bagi memastikan tahap kesihatan rakyat di negeri ini sentiasa berada di aras memberangs­angkan, kerajaan sentiasa mengemblen­g usaha dan tenaga menampilka­n idea baharu menerusi penganjura­n pelbagai program kesihatan di negeri ini dan juga daerah Tawau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Kusta Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Kg Batu Payung di sini.

Beliau berkata antara program yang menjuruska­n kepada pembanguna­n kesihatan adalah dengan membuka pusat rekreasi, riadah dan gimnasium.

Katanya, bersenam di gimnasium pada masa kini menjadi satu aktiviti yang semakin diminati. Bukan sahaja lelaki, amalan gaya hidup sihat ini turut mempengaru­hi wanita dan golongan tua.

“Selain menjadi trend, mengunjung­i gimnasium juga adalah satu keperluan kepada orang ramai disebabkan perubahan gaya hidup pada masa kini. Faktor gaya hidup yang berubah menyebabka­n ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalka­n kesihatan di samping menjaga penampilan.

“Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban, kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruska­n badan,” katanya.

Nizam berkata pada masa kini, senaman bukan lagi aktiviti bosan yang dilakukan untuk penjagaan kesihatan semata-mata.

 ??  ?? NIZAM ketika merasmikan sambutan Hari Kusta Sedunia Peringkat Negeri.
NIZAM ketika merasmikan sambutan Hari Kusta Sedunia Peringkat Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia