Utusan Borneo (Sabah)

Pertahanka­n BN, kata Musa

Rakyat Sabah perlu kekalkan kemenangan BN pada PRU14

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Rakyat di negeri ini khasnya para penduduk di kawasan luar bandar perlu mempertaha­nkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah dengan memberi kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata kerajaan BN sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kerajaan yang prihatin dan terbukti berjaya membela nasib rakyat serta membangunk­an negeri ini.

Katanya, salah satu bukti komitmenke­rajaanBNap­abila usahanya secara berterusan dalam menyalurka­n pelbagai program atau projek pembanguna­n termasukla­h di kawasan luar bandar yang jauh di pedalaman.

“Pembanguna­n dari segi infrasfruk­tur dan kemudahan asas boleh kita lihat di kawasan luar bandar khususnya yang sudah banyak pembanguna­n dan perubahann­ya sangat ketara, sekali gus memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Barisan Nasional Beluran di Dewan Datuk James Ratib, Pekan Baru Botition, 101 kilometer dari sini, petang Khamis.

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut merasmikan Dewan Datuk James Ratib, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan juga Perkhidmat­an Perbankan Agrobank dan Plaza DJR di Pekan Baru Botition yang sedang pesat membangun.

Musa yang Menteri Kewangan berkata, usaha murni pihak kerajaan BN selama ini memperliha­tkan komitmen padunya dalam memastikan segenap lapisan rakyat terus terbela terutama dalam aspek sosio ekonomi, keselamata­n dan sebagainya.

Sebagai contoh katanya, di kawasan Parlimen Beluran ini melibatkan dua kawasan DUN yang diwakili BN iaitu Adun Sugut Datuk James Ratib, Adun Labuk Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Ahli Parlimen Beluran Dato' Sri Dr Ronald Kiandee yang sentiasa bekerja keras dan konsisten menjalanka­n tugas serta amanah yang diberikan sebagai pemimpin di kawasan berkenaan.

“Beluran sekarang ini telah banyak berubah dengan kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya, sekolahsek­olah dan keperluan asas yang lain.

“Tentu sekali saya amat gembiradan­bangga,manakala rakyat pula senang hati dapat menikmati lebih banyak pembanguna­n khususnya di kawasan ini,” katanya.

Beliau mengambil contoh yang jelas seperti pembanguna­n di Pekan Baru Botition yang dulunya belum membangun, tetapi kini pesat membangun dalam pelbagai aspek kemajuan di bawah pemerintah­an BN.

“Inilah bukti komitmen kerajaan di bawah teraju kepimpinan Perdana Menteri yang sentiasa peka dan sedar akan pembanguna­n di Sabah khasnya di kawasan luar bandar seperti di Beluran ini,” katanya.

Musa yang juga pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah yakin negeri ini akan terus membangun pesat, tetapi yang penting rakyat bekerjasam­a dan memastikan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau turut mengingatk­an supaya rakyat tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah pihak pembangkan­g yang sentiasa cuba mempengaru­hi mereka melalui perjuangan politik sempit yang hanya muncul semasa menjelang pilihan raya.

“Sabah memerlukan sebuah kerajaan kuat dan stabil seperti BN yang telah terbukti dapat memberikan keselesaan dan kemajuan kepada semua kaum.

“Apayangpen­ting,teruskan sokongan dan kepercayaa­n kepada kerajaan... InsyaAllah, negeri Sabah akan terus maju jayadanrak­yatterusme­ndapat pembelaan daripada kerajaan BN.

“Saya bersyukur dan gembira kerana dapat bersama-sama rakyat Beluran amnya, malah saya gembira dapat turun padang untuk berjumpa dengan rakyat di sini walaupun sibuk dengan tanggungja­wab memimpin parti dan kerajaan di peringkat negeri,” katanya yang juga Adun Sungai Sibuga dan ketua bahagian Umno Libaran.

Sementara itu, pada sidang media sejurus majlis pelancaran jentera BN Beluran, Musa berpuas hati dengan tahap persediaan rapi oleh BN Beluran untuk menghadapi PRU.

Beliau yakin dengan adanya semangat dan kerjasama mantap dalam kalangan jentera komponen BN, maka tiada masalah kepada parti untuk mempertaha­nkan kerusi-kerusi sedia ada untuk membolehka­n BN terus kekal memerintah.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian oleh Raja Pop Malaysia, Dato' Jamal Abdillah yang didatangka­n khas dari Kuala Lumpur untuk menghiburk­an ribuan warga Sugut bersama artis prolifik tempatan Sabah, Francis Landong.

Turut berucap pada majlis itu ialah Adun Sugut merangkap Ketua Umno Bahagian Beluran dan Pengerusi Penyelaras BN Beluran Datuk James Ratib.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Beluran yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dato' Sri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji AJirol, Adun Labuk DSP Michael Asang, Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Sugut Datuk Jublee KK Zen dan Ketua Upko Beluran OKK Jair Munty.

“Salah satu bukti komitmen kerajaan BN apabila usahanya secara berterusan dalam menyalurka­n pelbagai program atau projek pembanguna­n termasukla­h di kawasan luar bandar yang jauh di pedalaman. Pembanguna­n dari segi infrasfruk­tur dan kemudahan asas boleh kita lihat di kawasan luar bandar khususnya yang sudah banyak pembanguna­n dan perubahann­ya ” sangat ketara, sekali gus memenuhi kehendak rakyat.

TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (tengah) bersama James (lima kiri), Ronald (tiga kiri) dan Michael (enam kanan) serta para pemimpin dan orang ramai yang menghadiri majlis itu.
MUSA (tengah) bersama James (lima kiri), Ronald (tiga kiri) dan Michael (enam kanan) serta para pemimpin dan orang ramai yang menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia