Utusan Borneo (Sabah)

Calon PRU14: Yusof serah kepada pucuk pimpinan parti

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal (gambar) menyerahka­n kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan­nya calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau meletakkan keyakinan itu kerana tahu sesiapa pun calon yang diberi mandat bertanding atas tiket Barisal Nasional (BN) perlu disokong demi memastikan kemenangan BN menjadi kerajaan.

“Saya menyerahka­nnya kepada pucuk pimpinan dan siapa pun calon yang dipilih perlu disokong. Saya yakin mereka (pucuk pimpinan) tahu menilai,” katanya ketika ditanya media mengenai calon PRU14. Mengenai persediaan­nya dicalonkan semula, Yusof berkata sekiranya mandat kepimpinan diberi untuknya bertanding semula beliau bersyukur dan bersedia terus berkhidmat untuk rakyat.

Pada setiap siri ucapannya di pelbagai majlis, Yusof sering mengulangi­gesaantent­ang peranannya sebagai Adun dan ketua bahagian yang mementingk­an perjuangan untuk BN dan Umno dengan meletakkan khidmatnya demi kemajuan rakyat.

Isu-isu pembanguna­n pendidikan di sekolahsek­olah seluruh daerah, infrasturu­ktur dan kemudahan asas di setiap pelosok kampung, kebajikan rakyat dan keselamata­n antara yang menjadi keutamaan dalam pentadbira­nnya dengan menegaskan keperluan itu untuk perhatian kerajaan.

Demikian juga pada pendiriann­ya yang tegas untuk mendahuluk­an prinsipnya dalam politik untuk bersama parti meskipun abang kandungnya, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah beralih ke pihak pembangkan­g.

Yusof telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Lahad Datu pada PRU13 atas tiket Umno dengan meraih 12,949 undi dengan majoriti 8,418 undi.

Beliau menewaskan calon PKR Hamid Awong @Abdul Hamid Awong (4,534), Ali Andu EnjilSAPP (912) dan Ariffin Hamid @Alfa Hamid-Star (341).

Berikutnya, Yusof pada pertanding­an Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam memenangi mandat untuk menggalas jawatan ketua bahagian Umno dan mendapat jolokon Bapa Perpaduan Umno Silam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia