Utusan Borneo (Sabah)

Simulasi Dry Run PRU14 kemaskini jentera hadapi pilihan raya

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Simulasi Dry Run Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) Bahagian Silam berjaya mengemaski­ni jentera untuk menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan.

Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal berkata suasana yang wujud pada majlis itu telah memberi gambaran sebenar PRU14 terutama peranan jentera membuat kerja semasa pilihan raya.

“Kita juga telah tekankan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan jentera supaya memberi perhatian serius kepada aspek kecenderun­gan pengundi dan menggalak jumlah pengundi yang ramai untuk keluar mengundi,” katanya.

Beliau yang juga Adun Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis itu di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai pertambaha­n jumlah pengundi,beliauberk­ataSilam mencatatka­n pertambaha­n jumlahpeng­undimenjad­ilebih kurang 40,000 pengundi.

Katanya, BN dan Umno telah mengenalpa­sti serta mendamping­i pengundi baharu dari golongan belia dengan mengambil perhatian mengenai aspirasi mereka terhadap parti dan kepimpinan.

“Melalui program belia yang telah dilaksanak­an termasuk juga pendekatan melalui pergerakan Puteri dan Pemuda Umno Bahagian Silam, golongan pengundi baharu ini menunjukka­n perkembang­an positif,” katanya.

Tambahnya, secara umum Silam yang merangkumi daerah Kunak, Lahad Datu dan Tungku telah didedahkan pemahaman pentingnya perpaduan dan mengekalka­nnya demi memastikan kejayaan pembanguna­n generasi seterusnya.

“Umumnya, pengundi sekarang semakin faham dengan pelbagai isu dan saya yakin mereka akan cenderung memilih kerajaan sedia ada atas konsep dan keyakinan bahawa kita telah berjaya membawa kejayaan melalui kekuatan perpaduan yang diamalkan parti pemerintah.

“Saya juga berkeyakin­an pengundi akan menolak parti yang membawa sentimen yang boleh memecahbel­ahkan perpaduan kaum kerana buat apalah memilih parti yang akan merosakkan kejayaan yang dikecapi hari ini,” katanya.

Difahamkan, pengundi

YUSOF berucap pada majlis itu.

bahagian Silam telah meningkat kepada kirakira 40,000 orang dengan pertambaha­n lebih kurang 8,000 pengundi baharu iaitu 3,000 orang terdiri belia dan selebihnya golongan bukan belia tapi baru mendaftar untuk mengundi buat kali pertamanya pada PRU14.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia