Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama semua pihak jayakan Majlis Tadarus Al-Quran

-

BEAUFORT: Kejayaan penganjura­n Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Zon Pekan 2018M/ 1439H baru-baru ini kerana adanya kerjasama daripada semua pihak.

“Kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lajau serta para hakim dan jawatankua­sa pelaksana telah membantu melicinkan lagi perjalanan majlis ini sehingga terlaksana dengan berkesan ,” kata Pengerusi Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid SekolahSek­olah Zon Pekan Musli Mail.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaia­n hadiah dan penutupan majlis berkenaan yang berlangsun­g di SK Lajau.

Majlis penyampian hadiah dan penutupan telah disempurna­kan oleh Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Mohd Jali Nordin.

Hadir sama, Ketua Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Ariff Bagol dan Penyelia Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Kamal Kupon.

Musli berkata, kejayaan itu hanya akan tercapai apabila semua pihak terlibat bekerjasam­a dan memberikan sokongan kepada pihak tuan rumah dalam menyediaka­n persiapan dan peralatan bagi majlis itu.

Beliau yang juga guru besar SK Lajau berkata, kerjasama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang kepada sekolah lain yang bakal menjadi tuan rumah mengelolak­an majlis seperti itu.

Zon Pekan antara lima zon yang turut mengelolak­an majlis itu bagi memilih peserta terbaik untuk mewakili zon itu ke Majlis Tilawah AlQuran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Beaufort pada 26 Mac di SK Weston.

Empat zon lain iaitu Membakut, Weston (tuan rumah), Klias dan Gadong selaku tuan rumah tahun lepas sudahpun mengadakan pemilihan masing-masing.

 ??  ?? MUSLI (tiga kiri) mengabadik­an kenangan bersama warga SK Lajau.
MUSLI (tiga kiri) mengabadik­an kenangan bersama warga SK Lajau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia