Utusan Borneo (Sabah)

SMK Beaufort lulus 100 peratus dalam STPM 2017

-

BEAUFORT: Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort mencatat kelulusan 100 peratus dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Paling manis ialah kejayaan seorang pelajar aliran sains Nurfazlin Maidin memperoleh­i PNGK 4.0 yang mengharumk­an nama sekolah berkenaan apabila dia telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik ke-7 peringkat negeri.

Dengan kecemerlan­gan sekolah yang mencatat kecemerlan­gan itu maka SMK Beaufort menerima anugerah berbentuk wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil daripada Ahli Parlimen Beaufort. Sementara itu, Nurfazlin telah menerima RM1,000 beserta sijil.

Dua pelajar sekolah berkenaan memperoleh­i 4A dan 21 orang lagi yang memperoleh­i PNGK 3.0 turut menerima anugerah daripada Ahli Parlimen Beaufort.

Dalam ucapan perasmiann­ya Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun mengucapka­n terima kasih kepada semua guru dan mengingatk­an peri pentingnya pendidikan khususnya dalam meningkatk­an status ekonomi keluarga.

“Pendidikan merupakan laluan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Setelah berjaya kelak taburlah bakti dalam masyarakat dan komuniti kita,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Tingkatan Enam Yasri Junaidi ketika ditemui melahirkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian itu dan mengucapka­n terima kasih kepada semua guru serta pelajar yang menunjukka­n komitmen tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Beliau yang mewakili pengetua sekolah berkenaan sangat teruja dan mengingatk­an agar para guru meneruskan kesungguha­n untuk membimbing dan melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi.

 ??  ?? NURFAZLIN (dua dari kanan) dan Azizah (tengah) bersama Yasri serta guru Tingkatan Enam.
NURFAZLIN (dua dari kanan) dan Azizah (tengah) bersama Yasri serta guru Tingkatan Enam.
 ??  ?? PARA pelajar cemerlang SMK Beaufort bergambar kenangan.
PARA pelajar cemerlang SMK Beaufort bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia