Utusan Borneo (Sabah)

Peter kekal presiden KDM Malaysia

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Datuk Peter Anthony dan semua barisan jawatankua­sa tertinggi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia bagi sesi 2018-2020 menang tanpa bertanding.

Kenyataan akhbar dari pejabat KDM Malaysia pada Ahad memberitah­u bahawa pencalonan yang dibuat secara terbuka pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 pertubuhan itu di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu menyaksika­n tidak ada pertanding­an bagi semua jawatan tetapi beberapa calon adalah muka baharu.

Muka baharu itu sama ada menggantik­an penyandang sebelum ini yang meletak jawatan atau tidak lagi dicalonkan.

Peter dikekalkan sebagai presiden bersama timbalanny­a Datuk Juil Nuatim.

Mudi Dubing dan Ahuar Rasam pula muka lama kekal sebagai antara lima naib presiden manakala tiga lagi diisi muka baharu iaitu Justin Alip, Martin Tommy dan Dato Baintin Adun.

Muka lama lain yang dikekalkan adalah D o n n e y si u s Ansuku (Ketua Penerangan) dan Henry Saimpon (Ketua Belia) manakala muka baharu adalah Ebby Roy (Penolong Ketua Belia), JoAnna Henly Rampas (Ketua Beliawanis) dan Elvina Jane Justin (Penolong Ketua Beliawanis).

Dua puluh tiga Ahli Majlis Tertinggi pula terdiri daripada 19 yang menang tanpa bertanding iaitu Geoferry Joseph, Jikol Ta guah, G e o r g e Tim u s, Mas l y Dangku, Michael Angkui, Jellysius Saimpon, Barlus Magabis, Justin Silut Juani, Jominit Kobuhi, Ampulas Kaluhu, Julian Goduli, Haris Bolos, Abu Bakar Ellah, Jatil Junggok, Nixboy Piunin, Agustin Paga, Florence LRM Ebbie, Charles Ebbie dan Markos Siton serta empat yang dilantik iaitu Nossil Basayu, Lasimin Manjani, Sylvester Joseph dan George Jonik.

Beberapa jawatan lantikan juga telah diisi iaitu Mohd Zinin Andong Ajak (Setiausaha Agung), Jack Situn (Penolong Setiausaha Agung), Remy @Lazarus Anthony (Bendahari) dan Rasinin Koutis (Penolong Bendahari).

MAT itu dihadiri lebih 70 perwakilan.

 ??  ?? PETER (tengah, depan) bersama barisan jawatankua­sa tertinggi KDM Malaysia bergambar kenangan selepas mesyuarat agung pertubuhan itu.
PETER (tengah, depan) bersama barisan jawatankua­sa tertinggi KDM Malaysia bergambar kenangan selepas mesyuarat agung pertubuhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia