Utusan Borneo (Sabah)

Usaha perlu dipergiat tingkat tahap BI pelajar, kata Manyin

-

SERIAN: Usaha perlu dipergiat untuk meningkatk­an tahap kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, tahap penguasaan BI di negeri ini menunjukka­n penurunan.

Jika penekanan tidak diberikan kepada BI katanya, tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar di negeri ini akan terus menurun.

“Penurunant­ahappengua­saanBI di Sarawak adalah kesan daripada perubahan dalam penggunaan BI kepada Bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran dan pembelajar­an di sekolah yang telah diluluskan pada 1976.

“Sekarang, kita tekankan semula kepada BI tanpa mengetepik­an kepentinga­n BM sebagai bahasa perpaduan.

“Masa telah berubah dan kita tidak punyai pilihan kecuali memberi penekanan kepada penguasaan BI untuk bertahan.

“Apa lagi dalam ekonomi digital masa kini, semua teknologi adalah dalam BI dan untuk menguasai teknologi ini kita perlu menguasai bahasanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Inisiatif Kemahiran Bahasa Inggeris Serian (SELPI) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin di sini, pada Sabtu.

Tambah Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebedu, BI adalah bahasa yang paling banyak digunakan dan dipelajari masyarakat di seluruh dunia.

Justeru, beliau menggalakk­an pelajar serta komuniti untuk berkomunik­asi dalam BI bagi memperbaik­i kemahiran masingmasi­ng.

“SELPI yang dilancarka­n hari ini (Sabtu) adalah permulaan untuk menyokong penggunaan BI dalam kalangan pelajar dan komuniti.

“Tidak betul tidak apa, asalkan maksudnya difahami dan secara perlahan-lahan akan diperbaiki,” katanya yang turut menekankan pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat untuk masa depan yang cerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia