Utusan Borneo (Sabah)

Sabah kekal bawah BN

Azizah yakin sokongan majoriti rakyat, termasuk kakitangan kerajaan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Sabah akan terus berada di bawah pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarka­n sokongan padu semua lapisan rakyat, termasuk kakitangan kerajaan negeri dan Persekutua­n terhadap dasar serta agenda pembanguna­n kerajaan BN.

“Sabah akan terus berada di bawah BN dan menyumbang sebagai ‘fixed deposit’ kepada BN secara keseluruha­nnya,” katanya sambil menegaskan tiada alasan bagi rakyat untuk mengubah kerajaan sedia ada yang terbukti sebagai parti terbaik membela nasib rakyat.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin dan Jasamu Dikenang anjuran Pejabat Daerah Beaufort di sini, malam Sabtu.

Hadir sama, Pembantu

(tengah, kiri) dan Kamarlin bersalaman dengan sebahagian yang hadir pada majlis itu. “Sabah akan terus berada di bawah BN dan menyumbang sebagai ‘fixed deposit’ kepada BN ” secara keseluruha­nnya. DATUK AZIZAH MOHD DUN

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasneh dan Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman.

Ketika ditanya sama ada beliau sedia mempertaha­nkan kerusi Parlimen Beaufort yang disandangn­ya itu, Azizah memberitah­u beliau bersedia mempertaha­nkan kawasannya namun berserah kepada pucuk pimpinan tentang soal calon.

“Setiap pemimpin sentiasa bersedia... kita sebagai wakil rakyat dan sebagai pendukung parti, kita sedia pertahanka­n kawasan masing-masing bagi memastikan kerajaan yang baik dan terbukti berbudi membela rakyat ini akan terus memerintah. Namun, akhirnya pucuk pimpinan kita yang menentukan (soal pencalonan),” katanya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Menjawab soalan lain, beliau yang juga naib ketua Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Wanita Umno Malaysia optimis kakitangan kerajaan negeri dan Persekutua­n di Sabah sentiasa bersama-sama parti yang memerintah hari ini.

“Mereka( pegawai kerajaan) tahu tanggungja­wab mereka bersama-sama melaksanak­an dasar serta agenda kerajaan supaya rakyat dapat menikmati manfaat yang dibawa kerajaan,” katanya.

Menurutnya, segala dasar dan perancanga­n yang dibuat pimpinan politik dilaksana oleh penjawat awam untuk manfaat rakyat.

“Kejayaan sesuatu dasar dan perancanga­n itu bergantung kepada pegawai kerajaan, justeru saya penuh yakin

majoriti mereka ingin lihat dan pastikan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kamarlin menghargai komitmen dan sokongan kakitangan kerajaan dalam merealisas­ikan agenda pembanguna­n kerajaan terlaksana dengan sempurna.

Katanya, ia bukan sekadar tertumpu dalam aspek prasarana, tetapi juga pembanguna­n modal insan.

Beliau mengambil contoh keputusan SPM dan STPM sekolah-sekolah di daerah Beaufort tahun lalu yang mencatat keputusan 100 peratus, yang membuktika­n hasil kecemerlan­gan kerja kakitangan kerajaan.

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia