Utusan Borneo (Sabah)

BR1M tingkat pendapatan boleh guna isi rumah

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal­kan sejak tahun 2012 bertujuan meningkatk­an pendapatan boleh guna isi rumah dan merapatkan jurang pendapatan di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, bantuan itu membuktika­n bahawa kerajaan sering mengambil berat dan mendengar keluhan rakyat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.

Justeru, dengan ada bantuan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban mereka.

“Berhentila­h mengatakan negara kita muflis, walhal pada setiap tahun kerajaan telah menaikkan pemberian BR1M. Pada tahun ini, sahaja kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM6.8 bilion untuk pemberian BR1M di seluruh Malaysia.

“Ini membuktika­n ekonomi negara kita kukuh dan berada di landasan tepat di bawah kepimpinan Perdana

KURUP bergambar bersama para penerima BR1M.

Menteri. Oleh itu, pihak pembangkan­g janganlah mempolitik­kan BR1M ini kerana ia sangat membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an BR1M kepada 635 orang yang melibatkan Mukim Pemunteria­n, Mukim Sepulut dan Pekan Nabawan di Dewan Masyarakat Nabawan pada Sabtu.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, BR1M adalah bantuan ikhlas Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan diagihkan mengikut kelayakan serta kriteria yang ditetapkan berdasarka­n pendapatan seseorang atau seisi keluarga.

Katanya, BR1M tidak mengira kaum, agama mahupun parti politik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia