Utusan Borneo (Sabah)

200 ahli LDP masih setia bersama Liew umum keluar parti

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kira-kira 200 ahli Parti Liberal Demokratik (LDP) dan penyokong mantan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, telah mengikut jejak langkahnya untuk keluar dari parti itu.

Menurut Liew, sejak krisis kepimpinan lima tahun yang lepas, ramai ahli yang berada di belakang beliau ketika itu, masih lagi menunjukka­n kesetiaan terhadapny­a sehingga ke hari ini.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka. Disebabkan itu, saya perlu menyelesai­kan isu ini dan tidak membiarkan mereka tertanyata­nya tanpa tujuan dalam usaha politik mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Untuk rekod, Liew bersama LDP pada 1994 di mana ketika itu beliau merupakan pengerusi bahagian Usukan di Kota Belud sebelum menjadi pengerusi bahagian Kepayan, Kota Kinabalu pada 2000 dan pengerusi bahagian Tanjung Papat di sini pada 2008.

Selepas itu, Liew dipilih sebagai presiden LDP pada September 2006 dan beliau mengetuai parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 bagi kerusi Parlimen Sandakan selain daripada DUN Karamuntin­g (Datuk Peter Pang), DUN Merotai (Datuk Pang Nyuk Ming) dan DUN Tanjong Kapor (Datuk Teo Chee Kang).

Beliau sekali lagi mengetuai LDP pada PRU13 di mana parti itu menang tiga daripada lima kerusi yang dipertandi­ngkan. Bagaimanap­un, Parlimen Sandakan dan DUN Likas telah tewas.

“Saya tidak sangka kurang daripada 100 hari saya kalah di Parlimen Sandakan, terdapat gerakan di dalam parti ini yang ingin menjatuhka­n saya daripada posisi sebagai presiden,” jelasnya.

Berikutan itu, Liew memilih untuk memulakan perjalanan politik yang baharu dan mahu bersatu padu dalam memberi khidmat kepada rakyat ke arah membina ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang lebih adil.

“Saya percaya Warisan tidak hanya bercakap mengenai perubahan, sebaliknya mereka akan membuat perubahan.

“Oleh itu, adalah amat penting bagi saya untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai pelantikan saya sebagai pengerusi tetap Warisan oleh Presiden Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya.

Beliau bersama Timbalan Datuk Seri Panglima Dr Hasbollah Taha berasa gembira untuk menerima pelantikan sebagai pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Menerusi pelantikan itu, Liew akan berperanan terhadap urustadbir, kewangan, keahlian dan aktiviti yang berkaitan parti.

 ??  ?? LIEW (depan, tengah) bersama sebahagian penyokongn­ya yang mengumumka­n keluar LDP.
LIEW (depan, tengah) bersama sebahagian penyokongn­ya yang mengumumka­n keluar LDP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia