Utusan Borneo (Sabah)

Tiga mangsa kebakaran di Bingkor dan Liawan terima sumbangan

-

KENINGAU: Tiga mangsa kebakaran masing-masing seorang di kawasan Bingkor dan dua orang Liawan menerimasu­mbangandar­ipada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di sini pada Sabtu.

Honney Hassan yang rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sasaie Bingkor pada 12 Mac telah menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Pairin, yang juga Ahli Parlimen Keningau.

Turut mengiringi Pairin ke Kampung Sasaie adalah Setiausaha­PolitikKem­enterian Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain, Ketua PBS Bahagian Bingkor Peter Jino Alliun dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Sementara dua mangsa kebakaran rumah di Kampung Tudan Baru pada 15 Mac turut menerima sumbangan daripada Pairin.

Pairin telah menyampaik­an sumbangan itu kepada kedua- dua mangsa, Mahalim Daim dan Kamin Rahim yang diwakili oleh isterinya Norlina Abdullah.

Turut mengiringi Pairin ialah Daniel, Welfredoli­ne, Augustine, Peter, Kennedy dan Pengerusi JKKK Tudan Baru Sarimin Musiman.

Pairin juga meluangkan masa mendengar penjelasan daripada kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu sambil melawat rumah mangsa yang musnah terbakar.

Rumah separa konkrit milik Mahalim dan Kamin telah musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.40 tengahari pada Khamis.

Kebakaran bermula dari rumah Muhalim dan telah merebak ke rumah Kamin berikutan angin yang bertiup kuat semasa kejadian itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah telah menerima panggilan pada jam 12.50 tengahari dan tiga jentera dengan 14 anggota jabatan di daerah ini telah bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Setibanya pasukan bomba, dua rumah jenis separuh kekal itu telah terbakar 100 peratus.

Bagaimanap­un, pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah-rumah berdekatan pada jam 1.40 petang. Ia bagi memastikan tiada kewujudan bahaya lain.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku pada kejadian itu dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. Turut berada di lokasi kebakaran ialah Ketua Jabatan itu bagi Zon Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan.

Pada hari yang sama (Sabtu), Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno diiringi oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil turut melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa.

Wakil Ketua Pemuda Umno Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi turut menyerahka­n bantuan berupa cadar dan selimut kepada kedua-dua mangsa bersama sumbangan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Ahmad Jawila bersama beberapa pegawai polis serta ahli Skuad Tangan Bersalaman telah menziarah mangsa kebakaran dan menyampaik­an bantuan berupa barangan makanan pada Khamis.

Turut menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran pada hari yang sama ialah Naib Ketua Parti Warisan Sabah Bahagian Liawan Eddy RM Jasni, Ketua Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh dan Jawatankua­sa Badan Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau.

 ??  ?? PAIRIN menyampaik­an sumbangan kepada Norlinah. Turut kelihatan Daniel (dua kanan), Kennedy (kanan), Mahalim (tiga kanan) dan Hatiah (kiri).
PAIRIN menyampaik­an sumbangan kepada Norlinah. Turut kelihatan Daniel (dua kanan), Kennedy (kanan), Mahalim (tiga kanan) dan Hatiah (kiri).
 ??  ?? AHMAD (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Kamin. Turut kelihatan Mahalim (dua kiri), pegawai polis dan pemimpin masyarakat.
AHMAD (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Kamin. Turut kelihatan Mahalim (dua kiri), pegawai polis dan pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia