Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin akar umbi jangan sebar berita palsu

Pemimpin akar umbi diberikan amanah oleh kerajaan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pemimpin akar umbi dinasihatk­an agar tidak menyebarka­n maklumat palsu sehingga mengeliruk­an penduduk setempat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, perbuatan negatif itu adalah satu tindakan tidak sewajarnya dilakukan oleh pemimpin yang diberikan amanah oleh kerajaan.

“Jadilah contoh kepada penduduk masing-masing kerana hubungan rakyat dan pemimpin itu adalah seperti aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain.

“Oleh itu, pemimpin kampung di Pulau Gaya khususnya Kg Kasuapan ini perlu bertanggun­gjawab memastikan bahawa maklumat yang disampaika­n kepada penduduk adalah benar,” katanya ketika merasmikan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Kg Kasuapan di Pulau Gaya pada Ahad.

Beliau juga menyeru kepada penduduk Pulau Gaya agar berfikiran waras dan membuat keputusan betul apabila pilihan raya umum nanti.

Katanya, tanpa keadaan yang stabil pendidikan di negara ini termasuk Kafa tidak mungkin akan berkembang.

Beliau berkata, kerjasama dan keharmonia­n yang dicapai penduduk di pulau berkenaan perlu dikekalkan.

“Jadilah contoh kepada penduduk masing-masing kerana hubungan rakyat dan pemimpin itu adalah seperti aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain. ” DATUK EDWARD YONG OUI FAH Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? EDWARD (empat kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu
EDWARD (empat kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia