Utusan Borneo (Sabah)

DBKK rancang bangun lebih banyak inap desa

DBKK rancang bangun lebih banyak inap desa

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha mengenalpa­sti kampung sekitar bandaraya ini yang berpotensi dijadikan inap desa kepada pelancong yang inginkan suasana luar bandar.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, program inap desa dilihat sebagai produk pelanconga­n yang sering mendapat sambutan dan berkesan dalam menaik taraf ekonomi penduduk luar bandar.

“Peranan DBKK bukan hanya memberi perkhidmat­an dari segi perancanga­n dan pengurusan pelan, tetapi juga bersedia menghulurk­an bantuan membangunk­an ekonomi masyarakat luar bandar melalui program yang dilaksanak­an secara kerjasama.

“Jadi, kita merasakan program inap desa perlu dipergiat lagi memandangk­an ia adalah program terbaik bagi menjana eknomi penduduk kampung sekaligus mewujudkan perpaduan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Homestay Desa Cinta Kobuni Inanam, di sini pada Ahad.

Mengenai majlis pula, beliau berkata Kg Kobuni terpilih untuk dibangunka­n sebagai pusat inap desa pertama di bandaraya ini disebabkan kampung itu dikeliling­i oleh pelbagai tempat menarik seperti air terjun, hutan simpan dan sebagainya.

Yeo berkata, sebanyak lapan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan jabatan (NGO) terlibat dan berganding bahu merealisas­ikan pelancaran inap desa di kampung berkenaan.

“Kita sudah merancang projek ini sejak tiga bulan lalu dan kini berjaya direalisas­ikan dengan jayanya yang melibatkan 19 rumah penduduk Kg Kobuni yang dijadikan inap desa.

“Selepas ini, kita akan terus pantau perkembang­an projek dan sekiranya perlu, kita akan mencari dana membina kemudahan lain di kampung ini untuk pengunjung menikmati suasana kampung

kehormat sempat merakam gambar kenangan selepas menyempurn­akan gimik perasmian program Homestay Desa Cinta Kobuni.

dengan selesa dan puas hati,” jelasnya.

Pelancaran Program Homestay Desa Cinta Kobuni disempurna­kan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan yang bertanggun­gjawab ke atas DBKK Datuk Edward Yong Oui Fah.

Dalam ucapannya, beliau menyeru rakyat supaya merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam menikmati pertumbuha­n ekonomi di negara ini tanpa hanya menjadi pemerhati yang akhirnya terpinggir.

“Sehubungan itu, program NBOSCommun­ity Based Tourism yang julung kali dilaksanak­an di bandaraya ini diharap mencapai matlamatny­a, sekaligus menjadikan Kg kobuni sebagai pemangkin di sekitarnya.

“Justeru, saya berharap akan ada lagi homestay lain diwujudkan di kawasan bandaraya selain mengenalpa­sti produk pelanconga­n baharu yang berpotensi dipromosi dan dipasarkan di kawasan luar bandar melalui NBOS-Community Based Tourism,” katanya.

Beliau juga menyeru pemain industri pelanconga­n supaya membantu mempromosi serta mengadakan kerjasama strategik bersama Homestay Desa Cinta Kobuni bagi membangunk­an projek inap desa yang pertama di bandaraya ini.

Pada majlis itu, Edward yang juga mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumka­n pemberian sebuah komputer kepada penduduk Kg Kobuni bagi memudahkan urusan mempromosi inap desa berkenaan.

Kampung Kobuni terletak sejauh 13 kilometer dari pusat bandaraya itu dihuni seramai lebih 300 penduduk yang mana majoriti berbangsa Dusun dan beragama Islam.

Program Homestay Desa Cinta Kobuni menawarkan pelbagai pakej menarik kepada pengunjung yang mana merangkumi keseluruha­n aktiviti serta penginapan.

Antara aktiviti yang ditawarkan dalam pakej itu ialah acara menghasilk­an makanan tradisiona­l seperti pembuatan ‘linopot’, aktiviti meredah hutan, melawat air terjun, berpeluang merasai makanan tradisiona­l, belajar budaya serta kesenian penduduk, dan banyak lagi.

Turut hadir ialah Presiden Sino Kadazandus­un Murut (KDM) Sabah Datuk Johnny Goh dan Ketua Kampung Kobuni Osman Okun.

yang dihadiri oleh Wong (empat kiri) bersama Salim (dua kanan) dan ahli jawatankua­sa yang lain.

 ??  ?? TETAMU
TETAMU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia