Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat 21 Mac

-

KOTA KINABALU: Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Fair SSM peringkat negeri Sabah akan diadakan pada 21 Mac bermula jam 4 petang di Dataran Bandaraya, berdepan Hotel Promenade.

Majlis pelancaran akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Cawangan Sabah Yahya Sulaiman berkata orang ramai di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijemput hadir bagi bersama-sama mendapat manfaat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

“Secara tidak langsung, program ini mampu mencapai sasaran ditetapkan iaitu merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat, selain menyampaik­an bantuan serta informasi terkini mengenai pembanguna­n negara.

“Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk membeli barangan yang dijual pada hari itu. Program ini membantu meringanka­n beban kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya semasa majlis itu, barangan keperluan harian seperti beras, ayam, daging, sayur, minyak masak, bawang dan pelbagai item keperluan harian akan dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

“Pihak kami menjemput semua warga Kota Kinabalu, Tuaran, Sepanggar, Penampang, Putatan dan yang berdekatan untuk membeli-belah semasa program ini berlangsun­g.

“Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah bagi produk atau setiap kilogram berbanding yang ditawarkan dalam pasaran semasa,” katanya.

 ??  ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia