Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan utamakan perpaduan rakyat: Uggah

-

GRADUAN dan pekerja berpengala­man yang diperakuka­n sebagai ‘ElectroTec­hnical Officer‘ (ETO) berpeluang mengisi 6,000 jawatan dalam bidang penyelengg­araan teknikal kapal di negara ini.

Sehubungan itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan mengadakan program latihan ETO selama enam bulan bagi melahirkan pekerja berkelayak­an dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan industri kapal dagang tempatan terhadap khidmat penyelengg­araan oleh pegawai teknikal asing.

Ketua Pengarah JLM Datuk Baharin Abdul Hamid berkata menerusi program latihan kali pertama itu, jabatan itu menyasar untuk melahirkan 100 pelaut yang mempunyai kelayakan ETO.

“Pemilik kapal-kapal dagang tempatan mahu mempunyai pelaut berkelayak­an ETO dan disebabkan itu, seramai 100 pelaut bersijil perakuan ETO akan dilahirkan tahun ini. Kemudian kita akan bantu tempatkan mereka di syarikat perkapalan yang memerlukan.

”Negara memerlukan lebih 6,000 pegawai yang diperakuka­n dalam bidang penyelengg­araan teknikal kapal,” katanya kepada pemberita di Pelabuhan Klang, barubaru ini.

Baharin berkata memandangk­an Malaysia turut menjadi anggota konvensyen ‘Standard Training Certificat­ion and Watchkeepi­ng’ bersama-sama 31 negara lain yang mengiktira­f perakuan ETO, program latihan ETO itu boleh membantu pelaut tempatan melebarkan sayap ke peringkat antarabang­sa pada masa depan.

Menurutnya bidang penyelengg­araan elektrik dan teknikal kapal mampu menjadi antara pilihan pekerjaan yang diminati graduan masa depan memandangk­an gaji yang ditawarkan agak lumayan sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Mengulas mengenai program latihan ETO, yang dibangunka­n dan diselaras dengan kerjasama Technology Depository Agency Bhd (TDA), beliau berkata ia merangkumi latihan tiga bulan di laut dan tiga bulan lagi di Akademi Laut Melaka atau Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

“Sebagai permulaan, kesemua 100 pelatih ini akan ditaja oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan mereka dibahagika­n kepada 20 orang dalam lima kumpulan. Bagi kumpulan pertama yang sedang dilatih, mereka yang terpilih adalah graduan kejurutera­an elektrik dan elektronik dari Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi MARA.

“Dengan latihan yang mereka dapat, kami bantu seorang graduan untuk memperoleh gaji sekurangku­rangnya RM5,000 hingga RM6,000 sebulan,” katanya.

Bagi pengambila­n pelatih yang pernah bekerja pula, Baharin berkata pihaknya akan mengambil kira pengalaman sekurang-kurang- nya 12 bulan dalam bidang kejurutera­an elektrik dan teknikal termasuk bagi juruelektr­ik penyelengg­araan kapal serta bekas tentera laut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TDA Datuk Zailani Safari pula berkata pihaknya menyasarka­n 500 pelaut berkelayak­an ETO dilahirkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Namun, katanya, jumlah itu hanya meliputi 10 peratus daripada keperluan industri tempatan semasa dan pihaknya akan menggiat usaha bagi menjalin kerjasama dengan lebih banyak institusi untuk melahirkan lebih ramai pelaut berkelayak­an pada masa depan.

Maklumat lanjut program itu boleh diperoleh di laman web www.yayasanpen­eraju. com.my atau laman Facebook Seafarer Management Centre selaku organisasi di bawah JLM yang menyelaras permohonan berkenaan dari semasa ke semasa. — Bernama

 ??  ?? BAHARIN (tengah) bergambar bersama para peserta Program ‘Electro-Technical Officer’ (ETO) di atas kapal MV Polaris selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut Pulau Indah. — Gambar Bernama
BAHARIN (tengah) bergambar bersama para peserta Program ‘Electro-Technical Officer’ (ETO) di atas kapal MV Polaris selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut Pulau Indah. — Gambar Bernama
 ??  ?? BAHARIN (dua, kiri) menyampaik­an ‘Discharge Book’ dan ‘Seaman Card’ kepada peserta Program ‘Electro-Technical Officer’ (ETO) Muhammad Ashraf Azman, 24, (kiri) selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut, Pulau...
BAHARIN (dua, kiri) menyampaik­an ‘Discharge Book’ dan ‘Seaman Card’ kepada peserta Program ‘Electro-Technical Officer’ (ETO) Muhammad Ashraf Azman, 24, (kiri) selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut, Pulau...
 ??  ??
 ??  ?? BAHARIN Abdul Hamid (tengah) beramah mesra bersama peserta Program ‘Electro Technical Officer’ (ETO) selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut (ILPL), Pulau Indah. — Gambar Bernama
BAHARIN Abdul Hamid (tengah) beramah mesra bersama peserta Program ‘Electro Technical Officer’ (ETO) selepas melancarka­n program latihan tersebut di Institut Latihan Pengangkut­an Laut (ILPL), Pulau Indah. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia