Utusan Borneo (Sabah)

SMK Beluran II catat lonjakan GPS terbaik

Faizal Jimis dari SMK Balaban Jaya pelajar terbaik SPM 2017 di Beluran

- Oleh SALMAN ABADI EFFEFENNY (dua kiri) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Mohd Din (wakil pengetua

BELURAN: Tiga daripada enam sekolah menengah di daerah ini mencatat peningkata­n Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran II mencatat peningkata­n dan lonjakan GPS tertinggi iaitu +1.09, diikuti SMK Balaban Jaya yang meningkat +0.15, manakala SMK Beluran mencatat peningkata­n +0.10 berbanding pencapaian tahun sebelumnya (2016).

Dalam keputusan SPM 2017 yang diumumkan Khamis lalu, SMK Beluran II pimpinan Pengetua Siti Norita Dani bukan sahaja muncul sekolah terbaik di daerah Beluran, malah menduduki tempat kedua terbaik di Sabah dalam pencapaian lonjakan sekolah terbaik berdasarka­n GPS.

SMK Beluran II dengan 93 calon SPM tahun lalu, mencatat prestasi GPS terbaik dalam sejarah iaitu 4.44, berbanding 5.53 pada 2016 dengan peningkata­n cemerlang +1.09.

SMK Balaban Jaya pula yang dipimpin Pengetua Myrene Gidung mencatat GPS 5.65, meningkat +0.15 berbanding 5.80 pada 2016.

Sekolah ketiga di daerah ini yang turut mencatat peningkata­n GPS dalam SPM 2017 ialah SMK Beluran (Bestari) pimpinan Pengetua Nor Aslam Mano Abdullah dengan pencapaian 5.93, meningkat +0.10, berbanding 6.03 pada SPM 2016.

Sementara itu, tiga lagi sekolah di Beluran mencatat sedikit penurunan dari segi GPS iaitu SMK Pamol yang mencatat GPS 6.55 (2017) berbanding 6.52 (2016) iaitu menurun -0.03, manakala GPS SMK Terusan Sugut menurun -0.18 dengan pencapaian 5.61 (2017) berbanding 5.43 (2016).

Bagaimanap­un, SMK Terusan Sugut mencatat kelulusan 100 peratus berdasarka­n dua subjek wajib lulus dalam SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah, selain mencatat lulus 100 peratus enam subjek dalam SPM 2017.

SMK Simpangan (Paitan) juga mencatat GPS yang menurun -0.26 dengan pencapaian 6.62 (2017) berbanding 6.48 (2016).

Seramai 615 pelajar di daerah ini menduduki SPM 2017 dengan calon paling ramai ialah SMK Beluran seramai 219, SMK Simpangan (132), SMK Beluran II (93), SMK Pamol (84), SMK Balaban Jaya (54) dan SMK Terusan Sugut (33).

SMK Beluran, SMK Simpangan, SMK Pamol dan SMK Terusan Sugut ialah empat sekolah menengah yang berasrama di daerah ini.

Sementara itu, pelajar terbaik (cemerlang) SPM 2017 daerah Beluran ialah Faizal Jimis dari SMK Balaban Jaya yang memperoleh­i 9A, manakala empat pelajar lain yang turut cemerlang dengan pencapaian 8A ialah Naomi Joyce Jawlan dan Clyres Junaidi (SMK Beluran II), Effefenny Jude (SMK Beluran) dan Siti Norjulaila­h (SMK Simpangan).

Dua pelajar yang turut cemerlang dengan pencapaian 7A dalam SPM 2017 ialah Nor Laila Sari Salion (SMK Simpangan) dan Mohd Rosman Abd Amin (SMK Terusan Sugut), manakala 6A ialah Jessyline Jenod (SMK Balaban Jaya), Nur Iffah Asyira Mohd Ridwan dan Rozanah Razman (SMK Beluran) dan Siti Noraizah Orong (SMK Simpangan).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAOMI dan Clyres (8A) bersama sebahagian pelajar cemerlang SPM 2017 SMK Beluran II.
NAOMI dan Clyres (8A) bersama sebahagian pelajar cemerlang SPM 2017 SMK Beluran II.
 ??  ?? FAIZAL menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Myrene (kiri).
FAIZAL menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Myrene (kiri).
 ??  ?? MOHD ROSMAN
MOHD ROSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia