Utusan Borneo (Sabah)

Makan Malam Amal di SMK Likas dapat sambutan

- JAWATANKUA­SA

Masjid Nurul Iman, SMK Likas dengan kerjasama PIBG SMK Likas buat julung kalinya berjaya menganjurk­an satu program Makan Malam Amal pada 13 Mac 2018 bertempat di SMK Likas, Kota Kinabalu.

Seramai 400 orang hadir di majlis itu yang terdiri warga SMK Likas, alumni SMK Likas, ibu bapa, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz sekitar Kota Kinabalu.

Objektif program adalah untuk mengumpul dana pembinaan Masjid Nurul Iman, membantu pelajar SMK Likas yang kurang berkemampu­an, memberi peluang kepada masyarakat untuk bersedekah serta mewujudkan kerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan majlis itu.

Pada majlis itu juga diadakan pelancaran Tabung Wakaf Pembinaan Masjid yang disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah JPNS Datuk Dr Hj Kassim Hj Mohd Ibrahim diiringi oleh PPD Kota Kinabalu Azmi Datuk Haji Matusin, Pengetua SMK Likas Roslan Mohd Idris, YDP PIBG SMK Likas Mustaffa Jaafar, Pengerusi Masjid Nurul Iman Dr Saidi Che Ik serta Imam Muda Asyraf.

Dana yang dikumpulka­n digunakan untuk pembinaan dan pembanguna­n Masjid Nurul Iman yang dijangka

akan dibina pada tahun 2020.

Bual bicara daripada Asyraf seorang selebriti dakwah yang terkemuka telah menyampaik­an

ceramah bertajuk ‘Keluarga Bahagia Tunjang Generasi Gemilang’.

Ceramahnya menyebut “bawalah bersama-sama ahli keluarga kita semua masuk dalam syurga maka hendaklah kita menggalakk­an ahli keluarga kita untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya.”

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada semua penyumbang dalam majlis itu.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n qasidah Nur Al-Musthoffa, kumpulan nasyid AsSyahadah dan persembaha­n daripada pelajar SMK Likas.

Sementara itu, Roslan berharap supaya majlis sedemikian lebih kerap dianjurkan agar menjadi medium dakwah yang berkesan dan masyarakat dapat bekerjasam­a dalam meningkatk­an syiar Islam agar lebih maju dan dipandang tinggi.

Majlis Makan Malam Amal berakhir selepas penyampaia­n cenderamat­a daripada pihak sekolah kepada Asyraf.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderamat­a oleh pihak sekolah kepada Asyraf.
PENYAMPAIA­N cenderamat­a oleh pihak sekolah kepada Asyraf.
 ??  ?? PELANCARAN Tabung Wakaf Pembinaan Masjid disempurna­kan oleh Kassim.
PELANCARAN Tabung Wakaf Pembinaan Masjid disempurna­kan oleh Kassim.
 ??  ?? PELAJAR asrama turut mengambil peluang bergambar dengan Asyraf.
PELAJAR asrama turut mengambil peluang bergambar dengan Asyraf.
 ??  ?? HADIRIN khusyuk dengan ceramah yang disampaika­n oleh Asyraf.
HADIRIN khusyuk dengan ceramah yang disampaika­n oleh Asyraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia