Utusan Borneo (Sabah)

Rancang masa depan anda di Heriot-Watt

-

“APABILA saya mengetahui bahawa Universiti Heriot-Watt adalah institut mekanik pertama di dunia, saya ingin sekali tahu lebih lanjut. Sebagai seorang jurutera yang mempunyai aspirasi, ini membuatkan saya percaya bahawa Universiti Heriot-Watt memiliki keupayaan untuk menyediaka­n saya dengan tahap pendidikan yang memenuhi keperluan saya,” kata Muhammad Akid Luqman Mohd Sidek.

Muhammad Akid merupakan seorang pelajar Asas dalam Sains yang membina asas-asasnya di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Apabila ditanya bagaimana rasanya program telah menyediaka­nnya, beliau berkata dengan yakin: “Program asas saya sangat berguna dalam usaha menyediaka­n saya dengan asas teras yang saya tahu akan menyumbang kepada usaha untuk merealisas­ikan karier saya.

“Sukatan pelajaran yang sistematik dan teratur memudahkan lagi pembelajar­an dan membantu saya mendapatka­n keyakinan dalam apa yang saya pelajari.”

Antara semua universiti, Universiti Heriot-Watt berdiri di atas universiti lain sebagai Universiti Antarabang­sa Terbaik, seperti yang dianugerah­kan oleh Panduan Universiti Baik The Times dan Sunday Times 2018.

Menurut Ranking Universiti Dunia QS Menurut Subjek 2018, ia diletakkan dalam kelompok 150 universiti terkemuka di dunia bagi Kejurutera­an Kimia, Kejurutera­an Awam dengan Kejurutera­an Elektrikal diletakkan dalam kelompok 200 universiti terkemuka di dunia.

“Kursus dalam program asas kami telah direka untuk menyediaka­n pelajar dengan kemahiran dan ilmu pengetahua­n yang diperlukan untuk membolehka­n mereka mencapai kecemerlan­gan dalam program mahasiswa.

“Kami memberi penekanan kepada perkembang­an kemahiran seperti literasi Inggeris dan pemikiran kritikal, yang akan menyediaka­n permulaan yang baik kepada perkembang­an keseluruha­n pelajar dalam usaha untuk menjadi graduan yang berjaya dan boleh diambil bekerja pada masa depan,” kata Profesor Madya Dr Jasmine Low, selaku Ketua Program Asas Malaysia di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Ahli akademik Universiti Heriot-Watt bukan sahaja berusaha untuk melengkapk­an pelajar bagi menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah tetapi, pada akhirnya, menyediaka­n platform untuk melonjakka­n mereka ke arah mencapai cita-cita mereka.

Program Transforma­si Belia (YTP) merupakan satu projek sedemikian yang diusahakan selari dengan dedikasi Universiti Heriot-Watt kepada usaha untuk mengembang­kan potensi dalam minda muda.

Program ini, yang disediakan untuk lepasan sekolah SPM/OLevel, mahu mencungkil potensi mereka dalam perkara seperti kreativiti, inovasi, pemikiran kritikal dan komunikasi.

Muhammad Akid menggalakk­an mereka yang berminat untuk mendaftar di Universiti Heriot-Watt.

“Saya akan meminta mereka untuk menghadiri hari terbuka bagi mendapatka­n idea yang lebih baik mengenai kursus, kemudahan dan latihan yang mereka berikan. Dan jika anda lepasan SPM atau bersamaan, saya amat mengesyork­an Program Transforma­si Belia,” katanya

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program asas dan program mahasiswa di universiti ini, YTP, selain program lain atau biasiswa yang ditawarkan, kunjungila­h kampusnya di Putrajaya pada hari terbuka pada 24 dan 25 Mac atau pada waktu konsultasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan jam 10 pagi hingga 4 petang pada Sabtu.

Selain itu, orang ramai boleh layari www.hw.edu.my atau hubungi +603 8894 3888 / e-mel hwum@hw.ac.uk. Maklumat lanjut mengenai YTP juga ada di https://intake.hw.edu.my/ytp/. Sesi YTP seterusnya dijadual diadakan pada 16 April tahun ini.

 ??  ?? UNIVERSITI Heriot-Watt ditubuhkan pada 1821 sebagai institut mekanik pertama di dunia dan sekarang mempunyai lima buah kampus yang terletak di Edinburgh, Sempadan Scotland, Orkney, Dubai dan Putrajaya, Malaysia.
UNIVERSITI Heriot-Watt ditubuhkan pada 1821 sebagai institut mekanik pertama di dunia dan sekarang mempunyai lima buah kampus yang terletak di Edinburgh, Sempadan Scotland, Orkney, Dubai dan Putrajaya, Malaysia.
 ??  ?? MUHAMMAD Akid kini sedang menyertai program Asas dalam Sains di Universiti Heriot-Watt Malaysia.
MUHAMMAD Akid kini sedang menyertai program Asas dalam Sains di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia